Accessibility Tools

Skip to main content

Majlis Penyampaian Amanat Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Bisnes) JPS Malaysia Bersama Warga JPS

  • Gambar 1:
  • Gambar 2:
  • Gambar 4:
  • Gambar 6:
22 Januari 2025 (Rabu) | Cyberjaya

YBhg. Dato' Ir. Ts. Haji Mohd Nazri bin Yasmin, Pengarah JPS Negeri Selangor, telah menghadiri Majlis Penyampaian Amanat oleh YBrs. Ir. Amiruddin bin Alaldin, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Bisnes) JPS Malaysia.

Dalam majlis tersebut, YBhg. Dato' Ir. Ts. Hj. Nazri turut menerima Sijil Penghargaan bagi Pencapaian Rancangan Kerja Tahunan (RKT) Negeri Terbaik 2024 serta Sijil Penghargaan Kajian Penilaian Outcome (KPO) bagi Projek Penstabilan Tebing Aur, Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan semasa sesi penyampaian sijil yang diadakan.

Majlis ini bertujuan untuk memperkukuh hala tuju dan semangat warga JPS dalam melaksanakan tugas serta memastikan penyampaian perkhidmatan yang cemerlang kepada rakyat.
  • Hits: 7813

Lawatan Kerja dan Mesyuarat Tindakan Khas Berkaitan Kemajuan Pembaikpulihan di Kolam Takungan Hillpark, Taman Seri Alam, Kuala Selangor

  • Gambar 1:
  • Gambar 2:
  • Gambar 3:
  • Gambar 4:
  • Gambar 5:
  • Gambar 6:
Pada 31 Disember 2024, Lawatan kerja dan mesyuarat Tindakan Khas berkaitan Kemajuan Pembaikpulihan di Kolam Takungan Hillpark, Taman Seri Alam, Kuala Selangor dan kawasan sekitarnya bersama:
YB Dato’ Ir Izham Hashim, Exco Infrastruktur Negeri Selangor, YBrs. Tuan DO En Mohd Raiz Radzuan, YDP MPKS En Mohamad Hanafe Basri, PPSN Selangor Dato’ Ir. Ts. Hj. Mohd Nazri Yasmin, Penyelaras Dun Paya Jaras, Ahli Majlis Zon 23 MPKS dan Wakil Pejabat Parlimen Sg Buloh.
  • Hits: 8103

LAWATAN DATO' MENTERI BESAR SELANGOR KE PPS SK SUNGAI BINJAI

  • Gambar 1:
  • Gambar 2:
  • Gambar 3:
  • Gambar 4:
  • Gambar 5:
Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Selangor Dato’ Ir. Ts. Hj. Mohd Nazri bin Yasmin telah memberikan penerangan berkaitan curahan hujan, kejadian banjir dan status pelaksanaan projek mitigasi banjir kepada YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari yang turun melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Sungai Binjai, Meru, Klang lewat petang tadi.

Faktor hujan sangat lebat berterusan dan air pasang besar yang berlaku serentak menjadi punca berlakunya banjir di kawasan ini.

Turut sama adalah Jurutera Daerah Klang Ir. Ahmad Fauzan bin Mohd Sabri dan Timbalan Jurutera Daerah En. Ahmad Faizal bin Tarmizi. 

Tindakan segera JPS Negeri Selangor adalah dengan memasang pam bergerak untuk melancarkan aliran air pada lintasan bagi menurunkan aras banjir genang di kawasan Meru.
  • Hits: 8377

PEMASANGAN PAM BAGI KAWASAN AIR GENANG DI MERU, KLANG

  • Gambar 1:
  • Gambar 2:
  • Gambar 3:
  • Gambar 4:
  • Gambar 5:
Pada 29 November 2024, bertempat di pam minyak Shell, Persiaran Hamzah Alang, Meru Klang, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor telah memasang 1 1 unit pam end suction berkapasiti 10 cusec (280 l/s) telah dipasang untuk merendahkan paras banjir genang di kawasan Pekan Meru serta kawasan sekitarnya.

JPS sentiasa bersiapsiaga dalam menghadapi bencana banjir. Oleh itu, orang ramai diminta berwaspada dan sentiasa mendapatkan info terkini aras air sungai di laman web https://publicinfobanjir.water.gov.my
  • Hits: 9255

PEMASANGAN PAM BAGI KAWASAN BANJIR DI KIWA, DAERAH SEPANG

  • Gambar 1:
  • Gambar 2:
  • Gambar 3:
  • Gambar 4:
Pada 29-30 November 2024, bertempat di Kiwa, Kawasan Persimpangan Lampu Isyarat Kota Warisan, Sepang JPS Negeri Selangor telah memasang  1 unit pam end suction berkapasiti 10 cusec (280 l/s) telah dipasang untuk merendahkan paras banjir persimpangan lampu isyarat Kota Warisan (Kiwa) Daerah Sepang.

JPS sentiasa bersiapsiaga dalam menghadapi bencana banjir. Oleh itu, orang ramai diminta berwaspada dan sentiasa mendapatkan info terkini aras air sungai di laman web https://publicinfobanjir.water.gov.my dan http://infobanjirjps.selangor.gov.my/
  • Hits: 9640

Lawatan Dato' SUK Selangor

  • Gambar 1:
  • Gambar 2:
  • Gambar 3:
  • Gambar 4:
  • Gambar 5:
  • Gambar 6:
Yang Berhormat Dato' Setia Haji Haris bin Kasim, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah turun padang dan mengadakan lawatan mengejut ke JPS Negeri Selangor pada 21 November 2024.
  • Hits: 8339

SESI PENYERAHAN SURAT PELANTIKAN PENGARAH JPS NEGERI SELANGOR

  • Gambar 1:
  • Gambar 2:
  • Gambar 3:
  • Gambar 4:
  • Gambar 5:
  • Gambar 6:
Pada 30 Oktober 2024,  bertempat di Pejabat Dato' SUK Selangor, telah berlangsung sesi Penyampaian Amanat dan Penyerahan Surat Pelantikan kepada Dato’ Ir. Ts. Hj. Mohd Nazri bin Yasmin yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Negeri Selangor. Penyerahan surat pelantikan telah disempurnakan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato' Setia Haji Haris bin Kasim.
Tahniah dan Selamat Bertugas diucapkan.
  • Hits: 7420

EKPEDISI SUMBER AIR NEGARA (EKSAN) Ke-6 TAHUN 2024

  • Gambar 1:
  • Gambar 2:
  • Gambar 3:
  • Gambar 4:
  • Gambar 5:
  • Gambar 6:
Pada 23-24 Oktober 2024, Ekspedisi Sumber Air Negara (EKSAN) Ke-6 Tahun 2024 anjuran Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia dengan kerjasama JPS Negeri Selangor, NAWABS dan UNESCO telah berjaya diadakan bermula dengan sesi Flag Off oleh Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Bisnes) JPS Malaysia, YBrs. Ir. Amiruddin bin Alaldin.
EKSAN 2024 yang berlangsung selama dua hari ini melibatkan jarak perjalanan lebih 200km pada hari pertama, dengan penyertaan lebih daripada 70 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai agensi, media, dan pempengaruh sosial.
Ekspedisi dimulakan dengan lawatan ke beberapa lokasi penting, antaranya Empangan Sungai Selangor, yang merupakan sumber utama tadahan air bagi Negeri Selangor. Seterusnya, peserta dibawa ke Taman Rekreasi Alor Lempah di Ampang Pechah, Kuala Kubu Bharu yang mempunyai sejarah penting kejadian empangan pecah pada tahun 1800-an.
Para peserta turut diberi penerangan berkenaan proses pengeluaran bekalan air di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 yang terletak di Bestari Jaya. Waktu malam juga diisi dengan program menikmati keindahan alam dengan menaiki sampan di Pusat Santuari Kelip-Kelip Kampung Kuantan.
Pada hari kedua program dilanjutkan dengan lawatan ke Galeri Pengairan JPS Kuala Selangor dan Spillway Sungai Tengi. Sepanjang program ini, peserta telah didedahkan kepada pelbagai inisiatif dan langkah penting dalam pemuliharaan serta pengurusan lestari sumber air negara kita.
Seterusnya, Majlis Penutup EKSAN Kali Ke-6 Tahun 2024 telah berlangsung di kawasan Galeri Pengairan JPS Daerah Kuala Selangor dan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pakar) JPS Malaysia, Yang Berbahagia Dato’ Ir. Rozman bin Mohamad.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi (BPSAH) JPS Malaysia, YBrs. Ir. Mohamad Radzi bin Abdul Talib, Timbalan Pengarah Bahagian BPSAH JPS Malaysia, YBrs. Ir. Sazali bin Osman dan Timbalan Pengarah (Pembangunan II) JPS Negeri Selangor, YBrs. Gs. Yusri bin Abd Jalil.
Syabas kepada semua yang terlibat dalam menjayakan ekspedisi ini! Semoga usaha-usaha ini dapat terus meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan kelestarian sumber air demi kesejahteraan generasi akan datang.
  • Hits: 9731

INSTALLATION OF MOBILE PUMPS FOR BAN RB VILLAGE AREA, KUALA SELANGOR DISTRICT

  • Gambar 1:
  • Gambar 2:
  • Gambar 3:
  • Gambar 4:
  • Gambar 5:
  • Gambar 6:
On 19 October 2024, located in the area of ​​Kampung Ban RB, Kuala Selangor District, the Selangor State Irrigation and Drainage Department installed 1 unit of End Suction Pump with a capacity of 5 cusec (140 l/s) was installed to help flood ponds in Ban RB village and also the surrounding area.

The State Department of Selangor is always prepared to deal with flood disasters. Therefore, the public is asked to be vigilant and always get the latest river water level information on the website https://publicinfobanjir.water.gov.my and http://infobanjirjps.selangor.gov.my/
  • Hits: 9465
bahasa sharing button Bahasa Melayu
faq sharing button FAQ
hubungi sharing button Contact Us
aduan sharing button Feedback
sitemap sharing button Site Map
download sharing button Downloads