Accessibility Tools

Skip to main content

LAWATAN KE PEJABAT TAPAK PROJEK PEMULIHARAAN PANTAI MORIB OLEH PENGARAH JPS NEGERI SELANGOR

  • Gambar 1: 1
  • Gambar 2: 2
  • Gambar 3: 3
  • Gambar 4: 4
  • Gambar 5: 5
Pada 7 Mei 2025, YBhg. Dato' Ir. Ts. Hj. Mohd Nazri bin Yasmin, Pengarah JPS Negeri Selangor telah mengadakan lawatan tapak ke pejabat Projek Pemuliharaan Pantai Morib, Kuala Langat bagi memantau perkembangan semasa projek yang kini telah mencapai 67% kemajuan fizikal. Projek ini merupakan salah satu inisiatif pemuliharaan kawasan pantai yang terhakis dan sedang dilaksanakan oleh JPS Negeri Selangor melalui Pejabat Projek Persekutuan (PPP) Selangor. Apabila siap sepenuhnya, projek ini dijangka akan memberikan manfaat besar kepada penduduk sekitar Pantai Morib, termasuk perlindungan kawasan daratan daripada hakisan, peningkatan keselamatan awam, serta menyokong pertumbuhan sektor pelancongan dan ekonomi tempatan.
  • Hits: 7911

Perbincangan Penyelarasan Tindakan Penyelesaian Jangka Pendek Isu Banjir di Taman Sri Muda (TSM) dan Kawasan Sekitarnya

1_1
  • Gambar 1: 1
  • Gambar 2: 2
  • Gambar 3: 3
Pada 2 Mei 2025, bertempat di Pejabat YB EXCO Infrastruktur & Pertanian - Sesi perbincangan berkaitan pelaksanaan langkah jangka pendek (Quick Win) melibatkan skop Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Klang di Seksyen 25 Shah Alam, Daerah Klang, Selangor yang dipengerusikan oleh YB Dato' Ir. Izham bin Hashim, EXCO Infrastruktur & Pertanian telah diadakan pada petang ini.
Sesi berkenaan turut dihadiri bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS), Pejabat Projek Persekutuan (PPP) JPS Negeri Selangor, wakil konsesi LKSA, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) serta kontraktor yang telah dilantik. Perbincangan diadakan, antara lain bagi menyelaras tindakan penyelesaian isu banjir jangka pendek melibatkan kawasan right-of-way (ROW) Lebuhraya Kemuning - Shah Alam (LKSA).
  • Hits: 6650

Lawatan kerja YB EXCO Infrastruktur dan Pertanian ke Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK)

1
  • Gambar 1: 1
  • Gambar 2: 2
  • Gambar 3: 3
  • Gambar 4: 4
  • Gambar 5: 5
  • Gambar 6: 6
Pada 5 Mei 2025 (Isnin), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor dan JPS Daerah Klang telah menyertai lawatan kerja YB Dato’ Ir. Izham bin Hashim, EXCO Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor ke Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) bertempat di Bilik Mesyuarat Raja Mahadi, MBDK yang turut dihadiri oleh wakil Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Selangor, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Klang, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd., Tenaga Nasional Berhad (TNB), TM One Selangor dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi membincangkan penyelarasan tindakan segera untuk meminimumkan risiko banjir di daerah Klang. JPS komited mengurangkan risiko banjir dan sentiasa bekerjasama erat bersama Kerajaan Negeri Selangor dan Pihak Berkuasa Tempatan dalam usaha meningkatkan kecekapan sistem saliran demi kesejahteraan rakyat.
  • Hits: 7894

Kunjungan hormat YB Tuan Noor Najhan bin Mohamad Salleh, ADUN Sementa ke JPS Negeri Selangor

  • Gambar 1:
  • Gambar 2:
  • Gambar 3:
Pada 7 Mei 2025, Dato' Ir. Ts. Haji Mohd Nazri bin Yasmin, Pengarah JPS Negeri Selangor telah menerima kunjungan hormat daripada YB Tuan Noor Najhan bin Mohd Salleh, ADN Sementa bagi membincangkan hala tuju penyelesaian isu banjir di kawasan Jalan Jaya Setia, Kampung Bukit Kapar, Klang. Turut hadir, Ir. Gs. Mohamad Hafiz bin Hassan, Jurutera Daerah, JPS Daerah Klang dan En. Ahmad Faizal bin Tarmizi, Timbalan Jurutera Daerah Klang.
  • Hits: 8442

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2024 & JASAMU DIKENANG 2025 JPS NEGERI SELANGOR

  • Gambar 1: APC2025_1
  • Gambar 2: APC2025_2
  • Gambar 3: APC2025_3
  • Gambar 4: APC2025_4
  • Gambar 5: APC2025_5
  • Gambar 6: APC2025_6
Pada 28 April 2025, bertempat di Hotel Wyndham Acmar, Klang, Jabatan Pengairan dan Saliran telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 & Jasamu dikenang 2025 JPS Negeri Selangor. Majlis penuh bermakna ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari, diiringi oleh Pengarah JPS Negeri Selangor, YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Mohd Nazri bin Yasmin. Ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024, Anugerah Khas Pengarah (AKP) 2024, Anugerah Setia Berbakti (ASB) 2025, Anugerah Pengurusan Stor Terbaik 2024, Anugerah Pengurusan Projek Terbaik 2024, Anugerah Pengurusan Kewangan Terbaik 2024 dan tidak lupa penghargaan kepada para pesara dan bakal pesara 2025.
Semoga anugerah dan penghargaan ini menjadi sumber inspirasi kepada seluruh warga JPS untuk terus berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan negeri Selangor.
  • Hits: 7764

LAWATAN KERJA BAHAGIAN INFRASTRUKTUR DAN PENGURUSAN BENCANA KEDUTAAN JEPUN KE JPS NEGERI SELANGOR

  • Gambar 1:
  • Gambar 2:
  • Gambar 3:
  • Gambar 4:
  • Gambar 5:
  • Gambar 6:
Pada 14 Mac 2025, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor telah menerima lawatan kerja daripada Bahagian Infrastruktur dan Pengurusan Bencana Kedutaan Jepun.
Pada sesi sebelah pagi, pasukan Kedutaan Jepun telah dibawa melawat ke Projek Pemuliharaan Pantai Morib bagi sesi perkongsian maklumat mengenai pembinaan struktur penahan hakisan ombak yang sedang dilaksanakan oleh JPS Daerah Kuala Langat. Lawatan tapak ini telah diketuai oleh Jurutera Projek, Tuan Mohd Razali bin Jusoh, dan diiringi oleh Jurutera Daerah JPS Daerah Kuala Langat, Tuan Ir. Ts. Mohd Hasrulhisham bin Abdullah.

Selepas sesi lawatan tapak, JPS Negeri Selangor yang diketuai oleh Pengarah JPS Negeri Selangor, Yang Berbahagia Dato' Ir. Ts. Hj. Mohd Nazri bin Yasmin, mengiringi pasukan Kedutaan Jepun untuk sesi kunjungan hormat kepada EXCO Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor. Sesi ini telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat EXCO Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor, Dato’ Ir. Izham bin Hashim, serta turut dihadiri oleh Yang Berhormat EXCO Belia, Sukan & Keusahawanan, Tuan Mohd Najwan bin Halimi.
Lawatan ini bertujuan untuk meningkatkan kerjasama dalam pengurusan infrastruktur dan mitigasi bencana, khususnya dalam aspek pemuliharaan pantai dan pengurangan risiko hakisan melalui teknologi serta pendekatan yang lebih berkesan.
  • Hits: 7864

Kunjungan Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Bisnes)

  • Gambar 1:
  • Gambar 2:
  • Gambar 3:
  • Gambar 4:
  • Gambar 5:
  • Gambar 6:
Menerima kunjungan hormat oleh Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Bisnes) Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, YBrs. Ir. Mohamad Radzi bin Abdul Talib ke Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor pada 13 Mac 2025
  • Hits: 7853

Konvensyen Majlis Bersama Jabatan (MBJ)

MBJ2025
  • Gambar 1: MBJ2025
  • Gambar 2: MBJ2025
  • Gambar 3: MBJ2025
  • Gambar 4: MBJ2025
  • Gambar 5: MBJ2025
  • Gambar 6: MBJ2025
Pada 28 Februari 2025, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor telah mengadakan Konvensyen Majlis Bersama Jabatan (MBJ) di Bunga Tanjung Hall, Kelab Shah Alam. Konvensyen ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah II, Ir. Dr. Anuar bin Md Ali. Tahniah diucapkan kepada semua wakil pekerja MBJ yang telah dilantik bagi sesi 2025–2027. Semoga mereka dapat menjalankan amanah dengan penuh dedikasi demi kebajikan kakitangan.
  • Hits: 8380

Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 JPS Negeri Selangor

  • Gambar 1: MATB2025_1
  • Gambar 2: MATB2025_2
  • Gambar 3: MATB2025_3
  • Gambar 4: MATB2025_4
  • Gambar 5: MATB2025_5
  • Gambar 6: MATB2025_6
Pada 13 Februari 2025, Dato’ Ir. Ts. Hj. Mohd Nazri bin Yasmin, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor (PPSN) telah menyempurnakan Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 di Ballroom, Dewan Jubli Perak. Majlis telah dihadiri oleh warga ibu pejabat JPS Negeri Selangor dan daerah-daerah JPS Negeri Selangor yang terdiri daripada pelbagai lapisan skim perkhidmatan. Semasa majlis tersebut, PPSN telah menyampaikan amanat berhubung agenda dan halatuju JPS Negeri Selangor.
  • Hits: 7971
bahasa sharing button Bahasa Melayu
faq sharing button FAQ
hubungi sharing button Contact Us
aduan sharing button Feedback
sitemap sharing button Site Map
download sharing button Downloads