Accessibility Tools

Skip to main content

Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2025

1
  • Gambar 1: 2
  • Gambar 2: 3
  • Gambar 3: 4
  • Gambar 4: 5
  • Gambar 5:
  • Gambar 6: 7
Pada 4 Oktober 2025 (Sabtu), Pengarah dan Pegawai JPS Negeri Selangor turut serta memeriahkan majlis Sambutan Hari Sungai Sedunia (HSS) Peringkat Kebangsaan anjuran JPS Malaysia bertempat di Sungai Batu Tegoh @ Padang Merbok, Taiping, Perak.
 
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA). Dalam sambutan ini, JPS Negeri Selangor telah berjaya merangkul Tempat Pertama bagi Anugerah Khas Sumber Air (AKSA) melalui projek Denai Sungai Langat @ Kuala Langat, Taman Rekreasi Paya Bakau, Kampung Sijangkang di bawah pelaksanaan JPS Daerah Kuala Langat.
 
Tema Sambutan Hari Sungai Sedunia :
"Sungai dan Alur Dalam Komuniti Kita"
  • Hits: 4362

Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Negeri Selangor Tahun 2025

1
  • Gambar 1: 2
  • Gambar 2: 3
  • Gambar 3: 4
  • Gambar 4: 5
  • Gambar 5: 6
  • Gambar 6: 7
Telah berlangsung Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Negeri Selangor yang disempurnakan oleh YB Dato’ Ir. Izham bin Hashim, EXCO Infrastruktur & Pertanian Negeri Selangor diiringi oleh Pengarah JPS Negeri Selangor bertempat di Taman Rekreasi Paya Bakau, Batu 8 Kg. Sijangkang, Kuala Langat. Majlis ini dimulakan taklimat Taman Rekreasi Paya Bakau dan Denai Sungai Kebangsaan (DSK) dan Menyusuri Sungai Langat dengan menaiki bot.
 
Majlis diteruskan dengan konvoi motosikal berkuasa tinggi dan berkereta - "Jejak Sungai Langat 2025” dari Taman Rekreasi Paya Bakau, Batu 8 Kg. Sijangkang, Kuala Langat ke Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi bagi merasmikan Sambutan Hari Sungai Tahun 2025. Sambutan ini telah berlangsung serentak dengan pelbagai aktiviti seperti Zumba dan Sukan Rakyat di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi. Seramai hampir 400 pengunjung telah hadir yang terdiri daripada pelbagai agensi dan komuniti setempat memeriahkan sambutan ini.
 
Sambutan ini telah bermula pada awal bulan September dengan aktiviti Virtual Cycling dan pertandingan mewarna di beberapa tadika dan sekolah rendah yang terpilih berhampiran Bandar Baru Bangi.
Terima kasih kepada semua peserta, sukarelawan, agensi terlibat, dan komuniti yang hadir menjayakan program ini. Moga usaha ini memberi kesedaran pentingnya kita memelihara khazanah sungai demi generasi akan datang. 
 
"Sungai dan Alur dalam Komuniti Kita"
  • Hits: 4252

Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat DUN Bandar Utama

1
  • Gambar 1: 2
  • Gambar 2: 3
  • Gambar 3: 4
  • Gambar 4: 5
  • Gambar 5: 6
rogram ini dijayakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Petaling dengan kerjasama pelbagai agensi, NGO serta sukarelawan komuniti. Majlis dihadiri oleh tetamu kehormat:
 
- YB Jamaliah Jamaluddin, Exco Kesihatan Awam & Alam Sekitar
- YBrs. Tuan Haji Mohamad Zahri Bin Samingon, Datuk Bandar Petaling Jaya
- Y.M Tengku Dato Dr. Hishammuddin Zaizi Bin Y.A.M Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj, Penaung Ocean Hero Conservation
 
Aktiviti utama melibatkan kerja-kerja pembersihan kawasan Sungai Kayu Ara serta plogging bersama sukarelawan dengan sesi penimbangan hasil kutipan mengikut kategori bahan kitar semula. Terima kasih kepada semua sukarelawan, agensi dan komuniti yang terlibat menjayakan program ini demi mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, hijau dan lestari untuk generasi akan datang
  • Hits: 4129

Mesyuarat dan Lawatan Kerja EXCO Jawatankuasa Tetap Kemajuan Infrastruktur dan Pertanian ke Majlis Perbandaraan Selayang (MPS)

1
  • Gambar 1: 2
  • Gambar 2: 3
  • Gambar 3: 4
  • Gambar 4: 5
  • Gambar 5: 6
Pada 25 Ogos 2025 (Isnin), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor dan JPS Daerah Gombak telah menyertai lawatan kerja YB Dato’ Ir. Izham bin Hashim, EXCO Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor ke Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bertempat di Bilik Siantan, Bangunan Lama yang turut dihadiri oleh beberapa agensi yang lain termasuk tuan rumah MPS bagi membincangkan isu-isu infrastruktur berstatus kritikal berkaitan dengan banjir, jalan dan cerun di kawasan seliaan MPS. JPS sentiasa komited dalam mengurangkan risiko banjir dan sentiasa bekerjasama erat bersama Kerajaan Negeri Selangor dan Pihak Berkuasa Tempatan dalam usaha meningkatkan kecekapan sistem saliran demi kesejahteraan rakyat.
  • Hits: 5113

Sesi Townhall Jawatankuasa Pembangunan Kampung (JPKK) bersama Agensi Kerajaan Daerah Sabak Bernam

1
  • Gambar 1: 2
  • Gambar 2: 3
  • Gambar 3: 4
Pada 19 Ogos 2025 (Selasa), Sesi Townhall Jawatankuasa Pembangunan Kampung (JPKK) Bersama Agensi Kerajaan Daerah Sabak Bernam yang turut dihadiri oleh YB Datuk Haji Rizam bin Haji Ismail (Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna), DO, YDP, OBD, OCPD dan Ketua-Ketua Jabatan Daerah Sabak Bernam termasuk Jurutera Daerah JPS Sabak Bernam Ir. Epyzul Akmal bin Mohd Shahali.
  • Hits: 4045

Mesyuarat dan Lawatan Kerja EXCO Jawatankuasa Tetap Kemajuan Infrastruktur dan Pertanian ke Majlis Perbandaraan Kajang (MPKj)

1
  • Gambar 1: 2
  • Gambar 2: 3
  • Gambar 3: 4
  • Gambar 4: 5
  • Gambar 5: 6
  • Gambar 6: 7
19 Ogos 2025 (Selasa) - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor dan JPS Daerah Hulu Langat telah menyertai lawatan kerja YB Dato’ Ir. Izham bin Hashim, EXCO Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor ke Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 7 yang turut dihadiri oleh beberapa agensi yang lain termasuk tuan rumah MPKj bagi membincangkan isu berkaitan banjir, cerun dan jalan di daerah Hulu Langat. Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor (JPS) sentiasa komited dalam mengurangkan risiko banjir dan sentiasa bekerjasama erat bersama Kerajaan Negeri Selangor dan Pihak Berkuasa Tempatan dalam usaha meningkatkan kecekapan sistem saliran demi kesejahteraan rakyat.
  • Hits: 4856

Kursus Nilai Integriti & Cara Mengatasi Stress di Tempat Kerja

1
  • Gambar 1: 2
  • Gambar 2: 3
  • Gambar 3: 4
  • Gambar 4: 5
  • Gambar 5: 6
  • Gambar 6: 7
Pada 12 Ogos 2025 (Selasa) - JPS Negeri Selangor telah menganjurkan Kursus Nilai Integriti dan Cara Mengatasi Stress di Tempat Kerja bertempat di Foyer SUK Selangor. Kursus ini telah dirasmikan oleh Pn. Kristin Shamini a/p Nedunchelian, Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD) JPS Negeri Selangor dengan kehadiran seramai 150 peserta yang terdiri daripada warga kerja JPS Negeri Selangor dan JPS Daerah.
Tujuan pelaksanaan kursus ini adalah memperkukuhkan nilai integriti dalam kalangan warga kerja JPS disamping memberi pendedahan teknik pengurusan stress yang berkesan demi meningkatkan produktiviti dan kesejahteraan di tempat kerja.
  • Hits: 4917

SESI LIBAT URUS DAN TAKLIMAT PERKONGSIAN PETA KEMUNGKINAN BANJIR (FLOOD HAZARD MAP-FHM)

1
  • Gambar 1: 2
  • Gambar 2: 3
  • Gambar 3: 4
  • Gambar 4: 5
  • Gambar 5: 6
  • Gambar 6: 7
Pada 11 Ogos 2025 (Isnin), Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia dengan kerjasama JPS Negeri Selangor telah membuat pembentangan Peta Kemungkinan Banjir kepada Kerajaan Negeri Selangor yang di Pengerusikan oleh YB Dato' Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Turut hadir sama YBhg. Datuk-Datuk Bandar, Pegawai-Pegawai Daerah, Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan serta lain-lain agensi Kerajaan.  Sesi libat urus ini diadakan bagi memberikan gambaran awal berkenaan pembangunan FHM yang dibangunkan oleh JPS Malaysia bagi menentukan kawasan-kawasan berisiko dilanda banjir berdasarkan rekod sejarah kejadian banjir, data hidrologi, dan analisis topografi. Pembangunan FHM dijangka dapt membantu pihak berkuasa dan agensi berkaitan dalam membuat perancangan, tindakan mitigasi, serta persediaan awal menghadapi bencana banjir.
  • Hits: 4043

MAJLIS PENYERAHAN KIBAR JALUR GEMILANG JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI SELANGOR

1
  • Gambar 1: 2
  • Gambar 2: 3
  • Gambar 3: 4
  • Gambar 4: 5
  • Gambar 5: 6
  • Gambar 6: 7
11 Ogos 2025 (Isnin), YBhg. Dato’ Ir. Ts. Hj. Mohd Nazri bin Yasmin, Pengarah JPS Negeri Selangor, telah merasmikan Majlis Penyerahan Kibaran Jalur Gemilang sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2025. Majlis ini berlangsung di Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal (BPME), diiringi semangat patriotisme warga JPS Negeri Selangor bagi menyemarakkan rasa cinta akan negara.
  • Hits: 4407
bahasa sharing button Bahasa Melayu
faq sharing button FAQ
hubungi sharing button Contact Us
aduan sharing button Feedback
sitemap sharing button Site Map
download sharing button Downloads