Skip to main content

JPS Staff

Soalan Lazim

1. Berapakah lebar rezab sungai bagi permohonan sesuatu lot yang bersempadan dengan sungai ?

Lebar rezab yang diperlukan oleh pihak JPS semasa sesuatu permohonan sesebuah lot dikemukakan adalah bergantung kepada lebar sungai yang sediada.

Lebar Sungai Lebar Rizab Dikiri Dan Kanan Tebing
Lebih daripada 40 meter 50 meter
20 meter - 40 meter 40 meter
10 meter - 20 meter 20 meter
5 meter - 10 meter 10 meter
Kurang daripada 5 meter 5 meter
2. Adakah kesemua permohonan pelan pembangunan perlu dikemukakan melalui Jurutera berdaftar ?
Pelan pembangunan yang melibat sistem saliran/sungai dan pembinaan jambatan/lencongan sahaja yang perlu dikemukakan melalui Jurutera Berdaftar.
3. Berapakah jarak zon penimbal yang diperlukan bagi kawasan pantai berpasir ?
Jarak zon penimbal bagi kawasan pantai berpasir adalah 60 meter dikira daripada jarak paras air tertinggi.
4. Berapakah jarak zon penimbal yang diperlukan bagi kawasan pantai paya bakau ?
Jarak zon penimbal bagi kawasan pantai paya bakau adalah 400 meter dikira daripada jarak paras air tertinggi.
5. Apakah maklumat asas dan syarat-syarat kelulusan bagi permohonan tanah kerajaan ?
Maklumat asas yang diperlukan adalah pelan lokasi yang diambil daripada syit 1 inci 8 rantai dengan menamakan nombor rujukan syit dan syarat kelulusan adalah dengan menyediakan rizab/zon penimbal secukupnya bagi sungai, pantai dan kolam bekas lombong yang dicadang untuk di kekalkan.
bahasa sharing button Bahasa Melayu
faq sharing button FAQ
hubungi sharing button Contact Us
aduan sharing button Feedback
sitemap sharing button Site Map
download sharing button Downloads