Skip to main content

Corporate

Piagam Pelanggan JPS Negeri Selangor

Kami akan menyediakan perkhidmatan profesional dan berkualiti dalam perancangan, rekabentuk dan pelaksanaan program-program pengurusan banjir, lembangan sungai, zon pantai, saliran mesra alam serta sumber air dan hidrologi. Perkhidmatan kami akan berdasarkan amalan kejuruteraan terbaik dengan mengambil kira kelestarian alam sekitar, ekonomi dan sosial.

Dalam melaksanakan tugas dan fungsi berikut, kami berikrar akan :

  • Memberi maklumbalas awal terhadap sebarang aduan dan pertanyaan awam menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) berkenaan dengan masalah sumber air seperti banjir, sungai, pantai dan saliran dalam masa dua (2) hari bekerja dan maklumbalas kaedah penyelesaian dalam masa lima belas (15) hari bekerja.
  • Memastikan bayaran bil dan invois dibuat tidak melebihi empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan dokumen lengkap (melainkan dinyatakan sebaliknya dalam perjanjian kontrak).
  • Membekal data dan maklumat hidrologi dalam tempoh empatbelas (14) hari bekerja.
  • Memberi khidmat nasihat/ulasan teknikal/maklumbalas dalam tempoh tidak melebihi empat (4) minggu.

Sebarang pertanyaan sila hubungi kami :

Bahagian Pengurusan Korporat JPS Negeri Selangor,
Tingkat 5 Podium Selatan,
Bangunan Sultan Salhuddin Abdul Aziz Shah,
40626 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-5544 7376
Faks : 03-5510 4494
E-Mel : bkorp [at] waterselangor [dot] gov [dot] my

bahasa sharing button Bahasa Melayu
faq sharing button FAQ
hubungi sharing button Contact Us
aduan sharing button Feedback
sitemap sharing button Site Map
download sharing button Downloads