Accessibility Tools

Skip to main content

PROGRAM SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA (HAS) 2025 PERINGKAT NEGERI SELANGOR

1
  • Gambar 1: 2
  • Gambar 2: 3
  • Gambar 3: 4
  • Gambar 4: 5
  • Gambar 5: 6
  • Gambar 6: 7
Pada 2 Ogos 2025, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor telah menyertai Program Sambutan Hari Air Sedunia (HAS) 2025 Peringkat Negeri Selangor bertempat di Taman Tasik Shah Alam yang dianjurkan oleh Lembaga Urus Negeri Selangor (LUAS) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berkenan berangkat mencemar duli mengunjungi booth pameran JPS Negeri Selangor yang turut diiringi Dato' Ir. Ts. Hj Mohd Nazri bin Yasmin, Pengarah JPS Negeri Selangor bersama pegawai dan kakitangan JPS. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada penganjur yang telah membuka ruang penyertaan untuk sama-sama berganding bahu menyemai semangat memelihara sumber air.
  • Hits: 3736

PEMBENTANGAN PELAN MITIGASI BANJIR

1
  • Gambar 1: 2
  • Gambar 2: 3
  • Gambar 3: 4
  • Gambar 4: 5
Pengarah JPS Negeri Selangor, YBhg. Dato’ Ir. Ts. Mohd Nazri bin Yasmin hari ini telah mengiringi EXCO Infrastruktur & Pertanian, YB Dato’ Ir. Izham bin Hashim sembah mengadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Negeri Selangor Darul Ehsan di Istana Bukit Kayangan untuk pembentangan Pelan Mitigasi Banjir yang dilaksanakan JPS Negeri Selangor.
 
  • Hits: 3537

Mesyuarat dan Lawatan Kerja Exco Jawatankuasa Tetap Kemajuan Infrastruktur dan Pertanian ke Majlis Perbandaraan Kuala Selangor (MPKS)

1
  • Gambar 1: 2
  • Gambar 2: 3
  • Gambar 3: 4
  • Gambar 4: 5
  • Gambar 5: 6
  • Gambar 6: 7
Pada 28 Julai 2025 (Isnin), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor dan JPS Daerah Kuala Selangor telah menyertai lawatan kerja YB Dato’ Ir. Izham bin Hashim, EXCO Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor ke Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) bertempat di Bilik Mesyuarat Malawati, MPKS yang turut dihadiri oleh beberapa agensi yang lain termasuk tuan rumah Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) bagi membincangkan isu berkaitan banjir dan jalan di daerah Kuala Selangor

JPS sentiasa komited dalam mengurangkan risiko banjir dan sentiasa bekerjasama erat bersama Kerajaan Negeri Selangor dan Pihak Berkuasa Tempatan dalam usaha meningkatkan kecekapan sistem saliran demi kesejahteraan rakyat.
  • Hits: 3923

Majlis penyampaian watikah pelantikkan ketua blok kawasan pengairan bagi kawasan Sabak Bernam & Kuala Selangor sesi 2025/2026

1
  • Gambar 1: 2
  • Gambar 2: 3
  • Gambar 3: 4
  • Gambar 4: 5
  • Gambar 5: 6
  • Gambar 6: 7
Pada 28 Julai 2025 (Isnin) bertempat di Dewan Seri Sekinchan, Sabak Bernam. JPS Negeri Selangor telah mengadakan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ketua Blok Kawasan Pengairan Bagi Daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor Sesi 2025/2026 yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Ir. Izham bin Hashim, EXCO Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor seterusnya menyampaikan watikah pelantikan kepada 339 orang Ketua Blok melalui Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).
 
Turut hadir bersama Pegawai Daerah Sabak Bernam, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor, Pengarah IADA Barat Laut Selangor, wakil Ahli Dewan Negeri Selangor di Daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor, pegawai-pegawai jabatan, jurutera-jurutera daerah dan ketua-ketua bahagian dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor.
 
JPS Negeri Selangor merakamkan ucapan tahniah kepada semua Ketua Blok yang dilantik dan mengucapkan selamat menjalankan amanah dengan penuh dedikasi bagi memastikan kelestarian dan keberkesanan sistem pengairan di kawasan masing-masing terpelihara.
  • Hits: 4024

Lawatan tapak dan mesyuarat penyelarasan kerja-kerja pembaikan Kolam Takungan Fasa 10B di Pembangunan Hillpark Resources

1
  • Gambar 1: 2
  • Gambar 2: 3
  • Gambar 3: 4
  • Gambar 4: 5
  • Gambar 5: 6
  • Gambar 6: 7
Pada 10 Jun 2025 bertempat di Hillpark Persiaran Elmina, Bandar Puncak Alam, Lawatan tapak dan mesyuarat penyelarasan telah diadakan bagi membincangkan kerja-kerja pembaikan Kolam Takungan Fasa 10B di Pembangunan Hillpark Resources. Sesi ini turut dihadiri oleh Y.B. Dato’ Exco Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor, bersama pegawai-pegawai teknikal dari pelbagai agensi berkaitan. Kerjasama strategik ini penting bagi memastikan sistem saliran dan kawalan banjir di kawasan pembangunan dapat berfungsi dengan lebih cekap dan berkesan.

Sumber dari Facebook JPS Daerah Kuala Selangor

  • Hits: 4099

Persaraan Pegawai JPS Jurutera Projek (PPP)

1
  • Gambar 1: 2
  • Gambar 2: 3
JPS Negeri Selangor mengucapkan Selamat Bersara kepada Ir. Mohamad Razali bin Jusoh, Jurutera Projek (JP), Pejabat Projek Persekutuan (PPP) Negeri Selangor. Terima kasih atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang berada di JPS Negeri Selangor. Semoga terus maju jaya dalam apa jua keadaan.
 
𝐵𝑢𝑘𝑢 𝑑𝑖𝑡𝑢𝑡𝑢𝑝 𝑝𝑒𝑛𝑎 𝑑𝑖𝑠𝑖𝑚𝑝𝑎𝑛,
𝐼𝑙𝑚𝑢 𝑑𝑖𝑡𝑎𝑏𝑢𝑟 𝑠𝑒𝑝𝑎𝑛𝑗𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑎𝑠𝑎,
𝑆𝑒𝑙𝑎𝑚𝑎𝑡 𝑏𝑒𝑟𝑠𝑎𝑟𝑎 𝑘𝑎𝑚𝑖 𝑢𝑐𝑎𝑝𝑘𝑎𝑛,
𝑆𝑒𝑚𝑜𝑔𝑎 𝑏𝑎ℎ𝑎𝑔𝑖𝑎 𝑠𝑒𝑝𝑎𝑛𝑗𝑎𝑛𝑔 𝑢𝑠𝑖𝑎.
  • Hits: 5753

Lawatan kerja YB EXCO Infrastruktur dan Pertanian ke Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)

1
  • Gambar 1: 2
  • Gambar 2: 3
  • Gambar 3: 4
  • Gambar 4: 5
Pada 26 Mei 2025 (Isnin), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor serta JPS Daerah Klang dan JPS Daerah Petaling telah menyertai lawatan kerja YB Dato’ Ir. Izham bin Hashim, EXCO Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor ke Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bertempat di Bilik Mesyuarat Renantanda, MBSA yang turut dihadiri oleh beberapa agensi yang lain termasuk tuan rumah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi membincangkan penyelarasan tindakan segera untuk meminimumkan risiko banjir di daerah Petaling. JPS komited mengurangkan risiko banjir dan sentiasa bekerjasama erat bersama Kerajaan Negeri Selangor dan Pihak Berkuasa Tempatan dalam usaha meningkatkan kecekapan sistem saliran demi kesejahteraan rakyat.
  • Hits: 7192

Sesi Taklimat Status Penyelenggaraan dan Keberkesanan Sistem Pam Air di Taman Sri Muda & Desa Kemuning

  • Gambar 1: 1
  • Gambar 2: 2
  • Gambar 3: 3
  • Gambar 4: 4
Pada 11 Mei 2025 (Ahad), telah berlangsung satu sesi Taklimat Status Penyelenggaraan dan Keberkesanan Sistem Pam Air Taman Sri Muda dan Desa Kemuning bertempat di Dewan Azalea, Taman Sri Muda sekitar jam 9.00 pagi. Taklimat ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada penduduk setempat berkenaan status semasa sistem pam air, kerja penyelenggaraan serta pelaksanaan projek yang terlibat di kawasan Taman Sri Muda dan Desa Kemuning. Sesi ini turut dihadiri oleh, YB ADN Kota Kemuning, Ahli Majlis Zon 9 & Zon 14, Wakil Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Klang, serta Polis Diraja Malaysia (PDRM). Kerjasama dan sokongan semua pihak amat dihargai demi kesejahteraan penduduk dan kelestarian infrastruktur setempat.
  • Hits: 6987

LAWATAN TAPAK PROJEK TEBATAN BANJIR OLEH PENGARAH JPS NEGERI SELANGOR

  • Gambar 1: 1
  • Gambar 2: 2
  • Gambar 3: 3
  • Gambar 4: 4
  • Gambar 5: 5
Pada 7 Mei 2025, YBhg. Dato' Ir. Ts. Hj. Mohd Nazri bin Yasmin, Pengarah JPS Negeri Selangor berada di Parit Tampoi, Mukim Dengkil, Sepang bagi menilai perkembangan kemajuan sebenar di tapak Projek Tebatan Banjir di Sungai Parit Tampoi, Mukim Dengkil yang telah mencapai 68% kemajuan sebenar. Projek ini merupakan salah satu daripada projek tebatan banjir yang sedang dalam tindakan JPS Daerah Sepang. Penyiapan projek ini dijangka akan memberikan manfaat kepada penduduk di sekitar Kg. Chemperai, Taman Delima, Taman Intan Baiduri, Taman Timah, Balai Bomba Dengkil, Taman Delima Jaya dan KOA Bukit Tampoi.
  • Hits: 7922
bahasa sharing button Bahasa Melayu
faq sharing button FAQ
hubungi sharing button Contact Us
aduan sharing button Feedback
sitemap sharing button Site Map
download sharing button Downloads