Accessibility Tools

Skip to main content

Photo Gallery

LAWATAN DATO' MENTERI BESAR SELANGOR KE PPS SK SUNGAI BINJAI

Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Selangor Dato’ Ir. Ts. Hj. Mohd Nazri bin Yasmin telah memberikan penerangan berkaitan curahan hujan, kejadian banjir dan status pelaksanaan projek mitigasi banjir kepada YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari yang turun melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Sungai Binjai, Meru, Klang lewat petang tadi.

Faktor hujan sangat lebat berterusan dan air pasang besar yang berlaku serentak menjadi punca berlakunya banjir di kawasan ini.

Turut sama adalah Jurutera Daerah Klang Ir. Ahmad Fauzan bin Mohd Sabri dan Timbalan Jurutera Daerah En. Ahmad Faizal bin Tarmizi. 

Tindakan segera JPS Negeri Selangor adalah dengan memasang pam bergerak untuk melancarkan aliran air pada lintasan bagi menurunkan aras banjir genang di kawasan Meru.
bahasa sharing button Bahasa Melayu
faq sharing button FAQ
hubungi sharing button Contact Us
aduan sharing button Feedback
sitemap sharing button Site Map
download sharing button Downloads