Accessibility Tools

Skip to main content

Photo Gallery

Majlis Penyampaian Amanat Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Bisnes) JPS Malaysia Bersama Warga JPS

22 Januari 2025 (Rabu) | Cyberjaya

YBhg. Dato' Ir. Ts. Haji Mohd Nazri bin Yasmin, Pengarah JPS Negeri Selangor, telah menghadiri Majlis Penyampaian Amanat oleh YBrs. Ir. Amiruddin bin Alaldin, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Bisnes) JPS Malaysia.

Dalam majlis tersebut, YBhg. Dato' Ir. Ts. Hj. Nazri turut menerima Sijil Penghargaan bagi Pencapaian Rancangan Kerja Tahunan (RKT) Negeri Terbaik 2024 serta Sijil Penghargaan Kajian Penilaian Outcome (KPO) bagi Projek Penstabilan Tebing Aur, Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan semasa sesi penyampaian sijil yang diadakan.

Majlis ini bertujuan untuk memperkukuh hala tuju dan semangat warga JPS dalam melaksanakan tugas serta memastikan penyampaian perkhidmatan yang cemerlang kepada rakyat.
bahasa sharing button Bahasa Melayu
faq sharing button FAQ
hubungi sharing button Contact Us
aduan sharing button Feedback
sitemap sharing button Site Map
download sharing button Downloads