Accessibility Tools

Skip to main content

MAJLIS SANJUNGAN BUDI DAN LAMBAIAN KASIH PENGARAH Ir. HJ. NASSER BIN SALIM

  • Gambar 1:
  • Gambar 2:
  • Gambar 3:
  • Gambar 4:
Jutaan terima kasih diucapkan kepada YBrs. Tn. Ir. Hj. Nasser bin Salim, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor di atas khidmat bakti yang telah disumbangkan sepanjang perkhidmatan di Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor.

Pada 8 Oktober 2024 telah diadakan Majlis Perjumpaan & Perutusan Amanat Pengarah dan Majlis Punch Out YBrs. Tn. Ir. Hj. Nasser bin Salim yang dihadiri oleh Ir. Hj. Mustafa bin Murad, Timbalan (Pembangunan) I, JPS Negeri Selangor, Ketua-Ketua Bahagian, Jurutera-Jurutera Daerah dan kakitangan JPS Negeri Selangor. Majlis turut diserikan dengan kehadiran isteri beliau, Pn. Hjh. Dr. Khadijah binti Sani.

Seluruh warga kerja Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada beliau di atas jasa dan bakti beliau sepanjang menjayakan perkhidmatan sempurna.  Terima kasih Tuan Pengarah dan Selamat Bersara
  • Hits: 5622

MAJLIS APRESIASI JPS NEGERI SELANGOR

  • Gambar 1:
  • Gambar 2:
  • Gambar 3:
  • Gambar 4:
  • Gambar 5:
Majlis Apresiasi JPS Negeri Selangor telah diadakan pada 8 Oktober 2024 bertempat di Foyer SUK, Bangunan SSAAS Sempena Majlis Penutup Program Pementoran Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor dan Majlis Penghargaan Kontinjen JPS Perbarisan dan Perarakan Sempena Sambutan Kemerdekaan Ke-67 Peringkat Negeri Selangor Tahun 2024. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah JPS iaitu YBrs. Ir. Hj. Nasser bin Salim dan dihadiri oleh barisan Pengurusan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor yang terdiri daripada Timbalan-Timbalan Pengarah, Jurutera-Jurutera Daerah, Ketua-Ketua Bahagian, pegawai dan kakitangan JPS Negeri Selangor serta tenaga pengajar mentor dan menti iaitu Encik Megat Syaiful Izzuddin bin Megat Mokhtar manakala tenaga pengajar bagi Kontinjen Perbarisan dan Perarakan Sempena Sambutan Kemerdekaan Ke-67 pula Encik Amily bin Ariffin dan Encik Tun Erman bin Toiman.

Majlis Apresiasi JPS Negeri Selangor ini diraikan bagi memberikan tanda penghargaan dan terima kasih kepada kesemua peserta yang telah menyertai program pementoran (mentor menti) bagi sesi 2023/2024 dan Kontinjen Perbarisan Perarakan Sempena Sambutan Kemerdekaan Ke-67 Peringkat Negeri Selangor Tahun 2024.
  • Hits: 5560

PEMASANGAN PAM BERGERAK BAGI KAWASAN JALAN PARIT MAHANG, DAERAH KUALA SELANGOR

  • Gambar 1:
  • Gambar 2:
  • Gambar 3:
  • Gambar 4:
Pada 6 oktober 2024 bertempat di Jalan Parit Mahang (Sungai Buloh), Kuala Selangor, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor telah melakukan pemasangan pam bergerak di kawasan tersebut. Bantuan 1 unit End Suction pam berkapasiti 10 cusec (280 l/s) telah dipasang untuk membantu banjir genang di Jalan Parit Mahang dan juga kawasan sekitarnya. Pada masa yang sama perancangan 2 unit pam bergerak akan dipasang di lokasi hotspot banjir. Dengan adanya tindakan ini dapat membantu mengurangkan banjir di kawasan sekitarnya. 

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor (JPS) sentiasa bersiapsiaga dalam menghadapi bencana banjir. Oleh itu, orang ramai diminta berwaspada dan sentiasa mendapatkan info terkini aras air sungai di laman web https://publicinfobanjir.water.gov.my  dan http://infobanjirjps.selangor.gov.my/
  • Hits: 9148

SAMBUTAN HARI SUNGAI SEDUNIA PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2024

  • Gambar 1:
  • Gambar 2:
  • Gambar 3:
  • Gambar 4:
  • Gambar 5:
  • Gambar 6:
Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berkenan berangkat mencemar duli menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Negeri Selangor Tahun 2024 pada 7 September 2024 bertempat di Taman Tasik Milenium, Kuala Kubu Bharu.

Sambutan ini turut disertai oleh Dato' Seri Amirudin bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor, Y.A.D Engku Orang Kaya Maha Bijaya Hulu Selangor, Raja Dato' Muzaffar bin Raja Redzwa, Y.D.M Tengku Maha Kurnia Bijaya Diraja, Tengku Saifan Rafhan bin Tengku Dato' Setia Putra Alhaj, YB Puan Pang Sock Tao, Ahli Dewan Negeri Kuala Kubu Bharu, Yang Berusaha Tuan Yuhanas Auree bin Kamaruddin, Pegawai Daerah Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor, Yang Berusaha Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Yang Berusaha Tuan Ir. Mat Pua'at bin Mat Husain, Pengarah Kanan, JPS Malaysia, Yang Berusaha Ir. Haji Nasser bin Salim, Pengarah JPS Negeri Selangor serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Daerah.
  • Hits: 7455

OPERASI PAM BERGERAK DI SELANGOR UNTUK MENGURANGKAN RISIKO BANJIR DI DAERAH KUALA SELANGOR

  • Gambar 1:
  • Gambar 2:
  • Gambar 3:
  • Gambar 4:
  • Gambar 5:

Pada 26 Ogos 2024, jam 7.00 malam, satu unit End Suction Pump berkapasiti 5 cusec (140 l/s) telah dipasang oleh kakitangan Bahagian Pekhidmatan Mekanikal dan Elektrikal, JPS Negeri Selangor bagi membantu aliran saliran (booster) di Kampung Jaya Setia dan kawasan sekitarnya. 

JPS sentiasa bersiapsiaga dalam menghadapi bencana banjir. Oleh itu, orang ramai diminta berwaspada dan sentiasa mendapatkan info terkini aras air sungai di laman web https://publicinfobanjir.water.gov.my dan http://infobanjirjps.selangor.gov.my/
  • Hits: 7054

OPERASI PAM BERGERAK DI SELANGOR UNTUK MENGURANGKAN RISIKO BANJIR DI DAERAH PETALING

  • Gambar 1:
  • Gambar 2:
  • Gambar 3:
  • Gambar 4:
  • Gambar 5:
Pada 23 Ogos 2024, jam 10.00 malam, satu unit End Suction Pump berkapasiti 10 cusec (280 l/s) telah dipasang di Kolam Takungan Kampung Padang Jawa oleh kakitangan Bahagian Pekhidmatan Mekanikal dan Elektrikal, JPS Negeri Selangor bagi mengepam air dari kolam takungan. 

JPS sentiasa bersiapsiaga dalam menghadapi bencana banjir. Oleh itu, orang ramai diminta berwaspada dan sentiasa mendapatkan info terkini aras air sungai di laman web https://publicinfobanjir.water.gov.my dan http://infobanjirjps.selangor.gov.my/
  • Hits: 6660

Majlis Perasmian Rumah Pam Taman Sri Muda, Klang

  • Gambar 1:
  • Gambar 2:
  • Gambar 3:
  • Gambar 4:
  • Gambar 5:
  • Gambar 6:
5 Ogos 2024 Yang Berhormat Tuan Ir. Izham bin Hashim, EXCO Infrastruktur dan Pertanian, Negeri Selangor diiringi oleh Yang Berhormat Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan merangkap Ahli Parlimen Kota Raja, Yang Berhormat Tuan Preakas a/l Sampunathan, ADN Kota Kemuning, dan Yang Berusaha Tuan Ir. Hj. Nasser bin Salim, Pengarah JPS Negeri Selangor telah meluangkan masa menyempurnakan Majlis Perasmian Rumah Pam Taman Sri Muda, Klang.

Perasmian Rumah Pam Taman Sri Muda ini menandakan satu pencapaian besar dalam usaha Kerajaan untuk meningkatkan pengurusan sistem saliran dan mengurangkan risiko banjir di kawasan Taman Sri Muda. Majlis ini juga bagi memberi penghargaan kepada pihak perunding dan kontraktor serta pegawai dan kakitangan yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan projek Menaiktaraf Sistem Saliran Taman Sri Muda, Daerah Klang, Selangor. 

Turut hadir memberikan sokongan pada majlis tersebut adalah wakil-wakil daripada pelbagai agensi termasuk pegawai dan kakitangan JPS Negeri Selangor, JPS Daerah Klang, JPS Malaysia, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), Pejabat Daerah dan Tanah Klang (PDT Klang) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
  • Hits: 8336

Kunjungan Hormat daripada delegasi Belanda

  • Gambar 1:
  • Gambar 2:
  • Gambar 3:
  • Gambar 4:
  • Gambar 5:
  • Gambar 6:
Pada 4 Julai 2024 bertempat di Bilik Gerakan MTES, SUK, YAB Dato Menteri Besar Selangor telah menerima kunjungan hormat daripada Delegasi Belanda yang turut disertai oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, EXCO Infrastruktur dan Pertanian, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Merangkap Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor serta pegawai JPS Negeri Selangor.
 
Kunjungan ini memegang makna yang istimewa kerana ia menekankan persahabatan dan kerjasama yang berterusan antara kedua-dua negara. Kunjungan ini bertujuan memperkuat komitmen antara Kerajaan Malaysia dan Belanda untuk memperdalam pemahaman dan kerjasama bersama dalam pengurusan air khususnya di Selangor.
Kedutaan Belanda telah diminta untuk membantu Kerajaan Malaysia dalam memulakan misi Pengurangan Risiko Bencana (DRR) sebagai tindak balas terhadap banjir pada Disember 2021 dan bencana hakisan pantai yang meluas di Semenanjung Malaysia.
  • Hits: 7629

Lawatan Kerja Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor ke JPS Daerah Kuala Langat

  • Gambar 1:
  • Gambar 2:
  • Gambar 3:
  • Gambar 4:
  • Gambar 5:

Pada 26 Mac 2024 (Selasa), Tuan Pengarah telah hadir ke Pejabat JPS Daerah Kuala Langat untuk mempengerusikan Mesyuarat Tapak di Kuala Langat. Tuan Pengarah turut meluangkan masa menghadiri sesi perjumpaan dan soal jawab bersama kakitangan JPS Daerah Kuala Langat yang turut disertai oleh Tuan Jurutera Daerah bagi membincangkan isu-isu di JPS Daerah Kuala Langat.

  • Hits: 8080
bahasa sharing button Bahasa Melayu
faq sharing button FAQ
hubungi sharing button Contact Us
aduan sharing button Feedback
sitemap sharing button Site Map
download sharing button Downloads