Skip to main content

Corporate

Perutusan Pengarah JPS Selangor

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat datang kepada anda sebagai tetamu yang kami hormati kerana sudi meluangkan masa ke halaman web Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor ( JPSS ).JPSS adalah singkatan nama bagi Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor, salah satu diantara Jabatan dibawah Kerajaan Negeri Selangor yang diamanahkan bersama ibu pejabat induk Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia dibawah Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli bagi melaksanakan aktiviti aktiviti pembangunan, penyelenggaraan, pemantauan dan menghidupkan seni kerja kerja berhubung dengan Pengairan dan Saliran di dalam Negeri Selangor.

Adalah menjadi matlamat kami ( JPSS ) memberikan maklumat asas yang perlu agar dapat anda memahami peranan kami didalam pembangunan Negeri Selangor khasnya dan Malaysia umumnya serta dunia keseluruhannya. Teknologi maklumat sedang membawa budaya baru di dalam persekitaran dimana kita bekerja dan cara berkomunikasi diantara semua kakitangan di peringkat pejabat samada di Daerah Negeri mahupun diperingkat Ibupejabat.Dengan adanya INTERNET serta pelbagai bentuk kemudahan Intranet serta Ekstranet kita semua kini disambungkan secara global diruang siber yang tiada bersempadan.Di halaman web kami ini terdapat petunjuk petunjuk bagi membolehkan anda menjelajah seterusnya dan meninjau profil, fungsi dan aktiviti aktiviti jabatan kami, anda juga boleh meninjau pencapaian jabatan kami.

Akhir kata, kami di JPSS akan sentiasa menuju kearah perkembangan yang dinamik dengan harapan serta kebolehan teknologi akan membantu kearah penyelesaian masalah yang diharungi bagi mencapai matlamat Misi Kerajaan Negeri Selangor " Melastarikan Pembangunan dan kemakmuran Simetri, Pintar dan Peduli Rakyat" dan Misi Jabatan " Menyediakan perkhidmatan kepakaran kejuruteraan dan pengurusan sumber air merangkumi pengurusan lembangan sungai, zon pantai serta pengurusan banjir dan kemarau secara bersepadu bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat dengan memastikan sekuriti air dan kelestarian alam sekitar.

Ir. Hj. Nasser bin Salim

Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Selangor
bahasa sharing button Bahasa Melayu
faq sharing button FAQ
hubungi sharing button Contact Us
aduan sharing button Feedback
sitemap sharing button Site Map
download sharing button Downloads