Accessibility Tools

Skip to main content

Photo Gallery

PROGRAM SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA (HAS) 2025 PERINGKAT NEGERI SELANGOR

Pada 2 Ogos 2025, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor telah menyertai Program Sambutan Hari Air Sedunia (HAS) 2025 Peringkat Negeri Selangor bertempat di Taman Tasik Shah Alam yang dianjurkan oleh Lembaga Urus Negeri Selangor (LUAS) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berkenan berangkat mencemar duli mengunjungi booth pameran JPS Negeri Selangor yang turut diiringi Dato' Ir. Ts. Hj Mohd Nazri bin Yasmin, Pengarah JPS Negeri Selangor bersama pegawai dan kakitangan JPS. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada penganjur yang telah membuka ruang penyertaan untuk sama-sama berganding bahu menyemai semangat memelihara sumber air.
bahasa sharing button Bahasa Melayu
faq sharing button FAQ
hubungi sharing button Contact Us
aduan sharing button Feedback
sitemap sharing button Site Map
download sharing button Downloads