Skip to main content

Photo Gallery

SESI DIALOG BERSAMA PERSATUAN NELAYAN KUALA LANGAT BAGI PROJEK PEMULIHARAAN PANTAI MORIB BERTEMPAT DI TAPAK PROJEK PANTAI MORIB.

Pada 1 Febuari 2024, telah berlangsung Sesi Dialog bersama Persatuan Nelayan Kuala Langat yang dipengerusikan oleh YBrs. Ir. Haji Nasser bin Salem, Pengarah JPS Negeri Selangor. Turut hadir bersama YBrs. Tn. Zulkarnain bin Ashaari, Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), YBrs. Ir. Arman bin Mokhtar, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Zon Pantai, JPS Malaysia, YBrs. En. Epyzul Akmal bin Mohd Shahali, Jurutera Daerah JPS Kuala Langat, Pegawai-Pegawai JPS, PPP Selangor, LKIM, Jabatan Perikanan, Perunding MZMS Consult, Kontraktor Sitges Engineering dan Persatuan Nelayan Kuala Langat. 

Sesi dialog ini diadakan khas untuk mendapatkan maklum balas secara terus dari Persatuan Nelayan Kuala Langat bagi pelaksanaan Projek Pemuliharaan Pantai Morib.
bahasa sharing button Bahasa Melayu
faq sharing button FAQ
hubungi sharing button Contact Us
aduan sharing button Feedback
sitemap sharing button Site Map
download sharing button Downloads