Accessibility Tools

Skip to main content

Photo Gallery

MAJLIS SAMBUTAN HARI INOVASI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA TAHUN 2026

MAJLIS SAMBUTAN HARI INOVASI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA TAHUN 2026
Pada 10 September 2026, Majlis Sambutan Hari Inovasi Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Tahun 2026 telah diadakan di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat JPS Malaysia, Cyberjaya, Selangor. Tahniah dan syabas diucapkan kepada warga JPS Negeri Selangor yang terlibat atas kejayaan meraih pencapaian berikut:

🏆 JOHAN – Anugerah Penilaian Outcome Terbaik Tahun 2024, Projek Penstabilan Tebing Sungai Aur, Daerah Klang, Selangor

🎖️ TEMPAT KEEMPAT – Pertandingan Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (HBKIK), Kategori Pengurusan Maklumat, TK-TEN CREATIVE JPS Negeri Selangor (E-Claim)

🥉 TEMPAT KETIGA – Anugerah Peneraju Pembudayaan Inovasi, Kategori Negeri JPS Negeri Selangor

Pencapaian ini membuktikan komitmen dan usaha berterusan JPS Negeri Selangor dalam memperkasakan budaya inovasi serta menghasilkan inisiatif yang mampu meningkatkan kualiti, kecekapan dan impak penyampaian perkhidmatan. Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat.

bahasa sharing button Bahasa Melayu
faq sharing button FAQ
hubungi sharing button Contact Us
aduan sharing button Feedback
sitemap sharing button Site Map
download sharing button Downloads