Accessibility Tools

Skip to main content

Photo Gallery

Program Penyerahan Sumbangan Infaq Ramadhan Tahun 2024 Kelab Sukan Dan Sosial (KSKS) JPS Shah Alam

5 April 2024 - Kelab Sukan Dan Kebajikan (KSKS) JPS Shah Alam kini meneruskan lagi aktiviti kebajikannya dimana satu tabung Infaq Ramadan telah disediakan sepanjang bulan ramadan bagi kutipan sumbangan untuk diserahkan kepada rumah anak-anak yatim terpilih. Pada tahun 2024 ini, penyerahan hasil sumbangan Infaq Ramadan dan Sedekah Tahlil Arwah telah disampaikan ke Rumah Anak Yatim dan Asnaf Al- Mahabbah, Bukit Raja Klang dengan hasil kutipan sumbangan berjumlah RM2,832.00. Penyerahan telah disempurnakan oleh YDP KSKS JPS Shah Alam bersama barisan AJK Kelab yang turut hadir bersama. Pihak KSKS JPS Shah Alam mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga JPS Selangor dan ahli KSKS, JPS Shah Alam di atas sumbangan yang telah diberikan. Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah S.W.T.
bahasa sharing button Bahasa Melayu
faq sharing button FAQ
hubungi sharing button Contact Us
aduan sharing button Feedback
sitemap sharing button Site Map
download sharing button Downloads