Skip to main content

Photo Gallery

Lawatan Tapak Operasi Bersepadu Pemeriksaan Aktiviti Kerja Tanah (OPS Lumpur) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor Bersama Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), JPS Daerah Hulu Selangor serta Wakil Pemaju

Pada 27 Februari 2024, JPS Negeri Selangor melalui Bahagian Saliran Mesra Alam (BSMA) telah mengambil inisiatif mengadakan Lawatan Tapak Operasi Bersepadu Pemeriksaan Aktiviti Kerja Tanah (OPS Lumpur) ke tiga (3) lokasi pembangunan tanah yang telah mendapat kelulusan Pihak Berkuasa tempatan (PBT). Lawatan ini diadakan untuk memastikan syarat-syarat pembangunan tanah dipatuhi oleh pihak pemaju bagi mengurangkan potensi risiko berlakunya kejadian yang tidak diingini seperti banjir kilat dan banjir lumpur.

Lawatan ini disertai oleh empat (4) orang wakil dari MPHS, empat (4) orang wakil dari JPS Negeri Selangor, tiga (3) orang wakil dari JPS Daerah Hulu Selangor dan beberapa orang wakil dari Tetuan Amalan Setar, Tetuan Setiatiwi dan Tetuan NCT Platinum. Semasa lawatan ini diadakan, wakil Jabatan dan agensi telah memperincikan setiap isu yang diterima melalui aduan-aduan awam. Pihak perunding dan pihak pemaju perlu menitikberatkan setiap isu yang dikemukakan dan perlu mengambil tindakan penyelesaian sewajarnya bagi mengatasi isu-isu berbangkit.

bahasa sharing button Bahasa Melayu
faq sharing button FAQ
hubungi sharing button Contact Us
aduan sharing button Feedback
sitemap sharing button Site Map
download sharing button Downloads