Accessibility Tools

Skip to main content

Photo Gallery

HARI GIS 2023

Pada 24-25 Oktober 2023, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) menerusi Bahagian Pengurusan Fasiliti dan GIS (BPFG) telah mengadakan Hari GIS 2023 yang bertempat di Dewan Serbaguna, Wisma JPS Malaysia, Cyber Jaya. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Sesi Townhall, Sesi Pembentangan aplikasi GIS, Sesi Taklimat Agensi, Pertandingan GIS Hackaton, Pertandingan explorace dan pameran dari agensi kerajaan serta pihak swasta.

JPS Selangor telah menghantar wakil bagi pertandingan GIS Hackaton yang merupakan satu plafform pengenalan kepada Aplikasi ArcGIS. Para peserta perlu membangunkan dan merancang satu aplikasi ArcGIS online yang mampu membantu warga JPS dalam perlaksanaan sesuatu proses kerja atau projek. 

GeoResponz JPS Selangor adalah aplikasi yang telah dipertandingkan oleh JPS Selangor  bertujuan untuk memantau dan menganalisa aduan-aduan awam yang diterima. Hasil dari kerja keras team JPS Selangor membuahkan hasil apabila GeoResponz JPS Selangor telah memenangi hadiah di tempat yang ketiga dalam pertandingan ini.

Majlis perasmian dan penutup Hari GIS 2023 berlangsung pada 25 Oktober 2023 (Rabu) yang telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Ir. Sabri bin Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Bisnes) JPS Malaysia. Turut hadir sama ke majlis ini ialah pengarah-pengarah dari bahagian dan negeri serta pegawai-pegawai dari JPS.

#JayakanPerkhidmatanSempurna
#JPSNegeriSelangor

bahasa sharing button Bahasa Melayu
faq sharing button FAQ
hubungi sharing button Contact Us
aduan sharing button Feedback
sitemap sharing button Site Map
download sharing button Downloads