Photo Gallery
Audit Kualiti Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi JPS Malaysia Tahun 2024
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia telah menjalankan Audit Dalaman ke atas Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi, JPS Negeri Selangor pada 26 - 27 Jun 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Cempaka, JPS Negeri Selangor. Tujuan audit ini diadakan adalah untuk menilai keberkesanan sistem kualiti yang diwujudkan, memastikan semua prosedur dan arahan kerja dipatuhi berdasarkan MS ISO 9001:2015 dan memastikan prosedur, arahan kerja dan rekod-rekod mengikut garis panduan Standard MS ISO 9001:2015. Auditan tersebut telah diketuai oleh Ir. Mohd Shahrulnizam bin Mat Rani (Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi, JPS Malaysia) dan dibantu oleh En. Noor Ibrahim bin Md Isa (JPS Wilayah Persekutuan) serta Pn. Rosmawati binti Ab. Rahim (Projek IADA Barat Laut Selangor). Lawatan tapak juga telah diadakan di Stesen Sukat Luah Sungai (Gauging) di Sungai Selangor Rantau Panjang dan Stesen Curahan Hujan di sempadan Daerah Gombak/ Kuala Selangor.