Skip to main content

Photo Gallery

Program Karnival Perpaduan Rumpun Selangor Daerah Hulu Selangor : Aktiviti Plogging di Sg. Alor Lempah Bersama DYTM Raja Muda Selangor

Raja Muda Selangor, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj berkenan berangkat menyempurnakan Aktiviti Plogging di Sg. Alor Lempah, Ampang Pechah sempena Program Karnival Perpaduan Rumpun Selangor Daerah Hulu Selangor pada 23 Februari 2024 yang lalu. Program yang bermula seawal jam 7.30 pagi ini turut disertai oleh Ketua-ketua Jabatan, wakil-wakil NGO, penduduk serta komuniti setempat. 

Aktiviti Plogging atau Kutip Sampah Sambil Beriadah (KUDAH) ini telah berjaya dilaksanakan dengan anggaran peserta sekitar 300 hingga 400 orang. Aktiviti ini dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat akan kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar serta menjaga sumber air utama negara iaitu sungai.

bahasa sharing button Bahasa Melayu
faq sharing button FAQ
hubungi sharing button Contact Us
aduan sharing button Feedback
sitemap sharing button Site Map
download sharing button Downloads