Accessibility Tools

Skip to main content

Galeri Foto

Taklimat Projek & Stakeholder Engagement bagi Projek Tebatan Banjir (RTB) Anak Sungai Damansara, Daerah Petaling

6 Okt 2023 - Taklimat Projek & Stakeholder Engagement bagi Projek Tebatan Banjir (RTB) Anak Sungai Damansara, Daerah Petaling. Projek Tebatan Banjir ini telah pun bermula pada 13/09/2023 dan dijangkakan berjalan selama 2 tahun. Majlis turut dihadiri oleh;
  • Y.B Tuan Haji Azli b. Yusof (Ahli Parlimen Shah Alam)
  • Y.B Tuan Danial Al-Rashid b. Haron Aminar Rashid (Ahli Dewan Negeri Batu Tiga)
  • Pn. Tanujah A/P DebulSingh (Ahli Majlis)
  • En. MHD Khairul Hidayat b. Budjaza Ahmad (Penghulu Mukim Damansara)
  • Wakil MPKK Kampung Batu 3
  • Penduduk Taman Batu 3
Anak Sungai Damansara terletak di dalam Lembangan Sungai Klang dan bermula daripada Subang Jaya sehingga Muara Sungai Damansara di Batu 3, Shah Alam. Faktor utama projek ini dilaksanakan adalah bagi mengatasi masalah banjir yang sering kali sering berlaku di Taman Batu Tiga dan di Komuter Stesen Batu Tiga. Projek ini akan mengepam air daripada lokasi banjir ketika aras air sungai tinggi.

Skop Projek melibatkan 
  1. Kerja-kerja membina 2 buah rumah pam
  2. Kerja  kerja menaiktaraf sistem perparitan
  3. Kerja-kerja membina floodwall
bahasa sharing button English
faq sharing button Soalan Lazim
hubungi sharing button Hubungi Kami
aduan sharing button Maklum Balas
sitemap sharing button Peta Laman
download sharing button Muat Turun