Accessibility Tools

Skip to main content

Kursus Pendidikan dan Kesedaran Keselamatan Perlindungan (PKKP) JPS Negeri Selangor

  • Gambar 1: 2
  • Gambar 2: 3
  • Gambar 3: 4
  • Gambar 4: 5
  • Gambar 5: 6
  • Gambar 6: 7
Pada 4 Februari 2026 (Rabu), JPS Negeri Selangor telah menganjurkan Kursus Pendidikan dan Kesedaran Keselamatan Perlindungan (PKKP) JPS Negeri Selangor pada 3-4 Februari 2026 bertempat di Hotel Geno, Subang Jaya. Kursus ini telah dirasmikan oleh Dr. Ir. Anuar bin Md. Ali, Timbalan Pengarah II JPS Negeri Selangor dengan kehadiran seramai 55 peserta yang terdiri daripada warga kerja JPS Negeri Selangor dan JPS Daerah.

Tujuan pelaksanaan kursus ini adalah memperkukuhkan kesedaran keselamatan perlindungan dalam kalangan warga kerja JPS disamping memberi pendedahan pendidikan pengurusan yang berkesan demi meningkatkan produktiviti dan kesejahteraan di tempat kerja.
  • Hits: 82

Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kemajuan Infrastruktur Negeri Selangor 2026

  • Gambar 1: 2
  • Gambar 2: 3
  • Gambar 3: 4
  • Gambar 4: 5
  • Gambar 5: 6
  • Gambar 6: 7
Pada 2 hingga 5 Februari 2026, JPS Negeri Selangor yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Ir. Mohd Nazri bin Yasmin, Pengarah dan beberapa pegawai hadir ke Sesi Pemukiman dan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kemajuan Infrastruktur Negeri Selangor 2026 yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Ir. Izham bin Hasim, EXCO Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor bertempat di Westin Hotel & Resorts Desaru Coast, Bandar Penawar, Johor.

Pelbagai jabatan, agensi, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hadir sama ke sesi retreat tersebut. Antara agenda utama yang menjadi tumpuan dalam sesi pemukiman termasuklah aspek pengurusan utiliti, pembangunan rangkaian jalan raya dan lebuhraya, pengurusan air serta tenaga, di samping memperkukuh perancangan infrastruktur dan logistik demi menyokong kemajuan Negeri Selangor secara menyeluruh. JPS Negeri Selangor mengetengahkan tiga (3) perkara untuk dibincangkan halatuju iaitu:

1. Pembangunan Dashboard Projek Mitigasi Banjir JPS Negeri Selangor sebagai satu platform paparan perkongsian maklumat kepada agensi dan orang awam berkenaan pelaksanaan projek oleh JPS secara lebih menyeluruh.
2. ⁠Halatuju keperluan pembinaan dan penyelenggaraan On-Site Detension (OSD) dan Kolam Takungan bagi pembangunan tanah di Negeri Selangor untuk langkah mengurangkan risiko dan impak banjir; dan
3. ⁠Penggunaan teknologi baharu di dalam projek JPS sebagai langkah ke arah meminimumkan kerosakan struktur ban dan benteng sungai serta pantai.
JPS Negeri Selangor sentiasa berganding bahu bersama pelbagai pihak dalam mendokong kelancaran perancangan dan pengurusan infrastruktur di Negeri Selangor.
  • Hits: 81

Mesyuarat Jawatankuasa Task Force Banjir Bil.1/2026

  • Gambar 1: 2
  • Gambar 2: 3
  • Gambar 3: 4
  • Gambar 4: 5
  • Gambar 5: 6
  • Gambar 6: 7
Pada 11 Februari 2026 (Rabu), Mesyuarat Jawatankuasa Task Force Tebatan Banjir Bil.1/2026 telah diadakan di Bilik Mesyuarat MTES, SUK Selangor yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Ir. Izham bin Hashim, EXCO Infrastruktur & Pertanian. Tujuan mesyuarat adalah bagi menyelaras dan memantau pelaksanaan projek/kerja mitigasi banjir melibatkan pelbagai agensi di Negeri Selangor selain pelaporan data hidrologi, Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) dan sebagainya.

Kerajaan Negeri dan JPS Negeri Selangor sentiasa komited dalam memastikan perancangan dan pelaksanaan projek/kerja mitigasi banjir berjalan lancar demi kesejahteraan rakyat.
  • Hits: 71

Majlis Hari Teknikal dan Inovasi JPS Negeri Selangor bagi Tahun 2026

  • Gambar 1: 2
  • Gambar 2: 3
  • Gambar 3: 4
  • Gambar 4: 5
  • Gambar 5: 6
  • Gambar 6: 7
Pada 12 dan 13 Februari 2026 - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor julung kali mengadakan program Hari Teknikal dan Inovasi JPS Negeri Selangor Tahun 2026 bertempat di Foyer, Bangunan SUK Selangor.
 
Program yang dirasmikan oleh YB Dato’ Ir. Izham bin Hashim, EXCO Infrastruktur & Pertanian Negeri Selangor merupakan platform kepada JPS Negeri Selangor dalam menyahut saranan YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor untuk membuat perkongsian maklumat termasuk teknologi dan inovasi yang digunapakai oleh JPS dalam pelaksananaan projek mitigasi banjir.
 
Hari Teknikal dan Inovasi JPS menampilkan kepelbagaian pameran dan pembentangan produk inovasi dan teknologi baharu seperti sistem pam, ecobloc, sheetpile dan sebagainya. Turut dikongsikan infografik projek-projek tebatan banjir berkeutamaan tinggi yang menjadi perhatian Kerajaan Negeri Selangor sebagai projek pengurangan risiko banjir yang lebih menyeluruh di lembangan sungai yang terlibat.
 
YB Dato’ EXCO Infrastruktur & Pertanian Negeri Selangor membuat dua (2) pelancaran sistem dan dashboard yang dibangunkan oleh JPS Negeri Selangor iaitu Sistem Pembayaran Caruman Parit Dalam Talian (e-CP) dan Dashboard Projek Mitigasi Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor.
 
Pembangunan Sistem Pembayaran Caruman Parit Dalam Talian (e-CP) dan Dashboard Projek Mitigasi Banjir JPS Negeri Selangor ini adalah seiring dengan pelaksanaan Reformasi Sistem Penyampaian dan Tadbir Urus (RSTU) Kerajaan Negeri Selangor, iaitu sebagai agenda pembaharuan perkhidmatan awam untuk memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, pantas dan berkesan. Sistem Pembayaran Caruman Parit Dalam Talian (e-CP) pula merupakan satu langkah proaktif dan berimpak besar ke arah pendigitalan perkhidmatan JPS di mana urusan pembayaran caruman parit lebih mudah, sistematik, cepat dan mesra pengguna.
 
Manakala, Dashboard Projek Mitigasi Banjir JPS Negeri Selangor yang dibangunkan secara dalaman oleh kakitangan JPS Negeri Selangor menggunakan teknologi berorientasi Web Base iaitu Geographic Information System (GIS) dan perisian Arcgis Server turut menjadi penyuntik semangat inovasi di kalangan warga kerja. Pembangunan Dashboard Projek Mitigasi Banjir JPS Negeri Selangor memberi gambaran keseluruhan maklumat semasa projek mitigasi banjir yang dilaksanakan oleh JPS Negeri Selangor secara atas talian untuk informasi kepada semua agensi Kerajaan dan orang awam.
  • Hits: 183

Bengkel HRMIS Zero Based Tahun 2026 Anjuran JPS Negeri Selangor

  • Gambar 1: 2
  • Gambar 2: 3
  • Gambar 3: 4
  • Gambar 4: 5
  • Gambar 5: 6
  • Gambar 6: 7
Pada 4-6 Februari 2026, JPS Negeri Selangor telah menganjurkan Bengkel HRMIS Zero Based Tahun 2026 bertempat di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Puan Kristin Shamini a/p Nedunchelian, Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan, JPS Negeri Selangor dengan kehadiran seramai 30 peserta yang terdiri daripada warga kerja JPS Daerah.

Tujuan pelaksanaan bengkel adalah untuk pelarasan dan penyeragaman sistem HRMIS secara lebih sistematik selaras dengan objektif yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
  • Hits: 75

Lawatan Post Mortem Lokasi Banjir Kilat Di Kg. Sungai Kertas

  • Gambar 1: 2
  • Gambar 2: 3
  • Gambar 3: 4
  • Gambar 4: 5
Pada 18 November 2025, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor, YBhg Dato Ir Ts Hj Mohd Nazri bin Yasmin, membuat lawatan post mortem kejadian banjir kilat di Kg Sg Kertas, Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk melaksanakan langkah-langkah interim tambahan yang boleh dilaksanakan pada kadar segera selain daripada kerja-kerja quickwin yang telah dirancangkan dalam usaha mengurangkan risiko kejadian banjir kilat di kawasan ini. JPS Daerah Gombak dengan bantuan Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal JPS Selangor akan menempatkan pam mudah alih di kawasan ini.
  • Hits: 4094

Majlis Pelepasan Skuad Pengurusan Bencana Negeri Selangor Sempena Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2025

  • Gambar 1: 2
  • Gambar 2: 3
  • Gambar 3: 4
  • Gambar 4: 5
Pada 24 Oktober 2025, Pengarah JPS Negeri Selangor, YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Mohd Nazri bin Yasmin, hadir dalam Majlis Pelepasan Skuad Pengurusan Bencana Negeri Selangor yang diadakan di Dataran Pejabat SUK Selangor, sempena Pelancaran Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) Tahun 2025, petang tadi. Majlis disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor, yang membuat pelepasan skuad pengurusan bencana yang terdiri daripada pelbagai jabatan dan agensi seperti JKR, LUAS, PDRM, ATM, JBPM, APM dan lain-lain. Program ini bertujuan untuk meningkat tahap kesiapsiagaan dan kerjasama erat antara jabatan dan agensi bagi memastikan keselamatan rakyat Negeri Selangor sentiasa terjamin.
 
Turut hadir sama, Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, Timbalan Setiausaha (Pengurusan) Kerajaan Negeri Selangor, wakil-wakil Ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri, wakil-wakil Datuk Bandar, dan wakil-wakil Yang Dipertua Majlis Perbandaran.
  • Hits: 4011

Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2025

  • Gambar 1: 2
  • Gambar 2: 3
  • Gambar 3: 4
  • Gambar 4: 5
  • Gambar 5:
  • Gambar 6: 7
Pada 4 Oktober 2025 (Sabtu), Pengarah dan Pegawai JPS Negeri Selangor turut serta memeriahkan majlis Sambutan Hari Sungai Sedunia (HSS) Peringkat Kebangsaan anjuran JPS Malaysia bertempat di Sungai Batu Tegoh @ Padang Merbok, Taiping, Perak.
 
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA). Dalam sambutan ini, JPS Negeri Selangor telah berjaya merangkul Tempat Pertama bagi Anugerah Khas Sumber Air (AKSA) melalui projek Denai Sungai Langat @ Kuala Langat, Taman Rekreasi Paya Bakau, Kampung Sijangkang di bawah pelaksanaan JPS Daerah Kuala Langat.
 
Tema Sambutan Hari Sungai Sedunia :
"Sungai dan Alur Dalam Komuniti Kita"
  • Hits: 3299

Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Negeri Selangor Tahun 2025

  • Gambar 1: 2
  • Gambar 2: 3
  • Gambar 3: 4
  • Gambar 4: 5
  • Gambar 5: 6
  • Gambar 6: 7
Telah berlangsung Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Negeri Selangor yang disempurnakan oleh YB Dato’ Ir. Izham bin Hashim, EXCO Infrastruktur & Pertanian Negeri Selangor diiringi oleh Pengarah JPS Negeri Selangor bertempat di Taman Rekreasi Paya Bakau, Batu 8 Kg. Sijangkang, Kuala Langat. Majlis ini dimulakan taklimat Taman Rekreasi Paya Bakau dan Denai Sungai Kebangsaan (DSK) dan Menyusuri Sungai Langat dengan menaiki bot.
 
Majlis diteruskan dengan konvoi motosikal berkuasa tinggi dan berkereta - "Jejak Sungai Langat 2025” dari Taman Rekreasi Paya Bakau, Batu 8 Kg. Sijangkang, Kuala Langat ke Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi bagi merasmikan Sambutan Hari Sungai Tahun 2025. Sambutan ini telah berlangsung serentak dengan pelbagai aktiviti seperti Zumba dan Sukan Rakyat di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi. Seramai hampir 400 pengunjung telah hadir yang terdiri daripada pelbagai agensi dan komuniti setempat memeriahkan sambutan ini.
 
Sambutan ini telah bermula pada awal bulan September dengan aktiviti Virtual Cycling dan pertandingan mewarna di beberapa tadika dan sekolah rendah yang terpilih berhampiran Bandar Baru Bangi.
Terima kasih kepada semua peserta, sukarelawan, agensi terlibat, dan komuniti yang hadir menjayakan program ini. Moga usaha ini memberi kesedaran pentingnya kita memelihara khazanah sungai demi generasi akan datang. 
 
"Sungai dan Alur dalam Komuniti Kita"
  • Hits: 3307
bahasa sharing button English
faq sharing button Soalan Lazim
hubungi sharing button Hubungi Kami
aduan sharing button Maklum Balas
sitemap sharing button Peta Laman
download sharing button Muat Turun