Accessibility Tools

Skip to main content

Galeri Foto

Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kemajuan Infrastruktur Negeri Selangor 2026

Pada 2 hingga 5 Februari 2026, JPS Negeri Selangor yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Ir. Mohd Nazri bin Yasmin, Pengarah dan beberapa pegawai hadir ke Sesi Pemukiman dan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kemajuan Infrastruktur Negeri Selangor 2026 yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Ir. Izham bin Hasim, EXCO Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor bertempat di Westin Hotel & Resorts Desaru Coast, Bandar Penawar, Johor.

Pelbagai jabatan, agensi, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hadir sama ke sesi retreat tersebut. Antara agenda utama yang menjadi tumpuan dalam sesi pemukiman termasuklah aspek pengurusan utiliti, pembangunan rangkaian jalan raya dan lebuhraya, pengurusan air serta tenaga, di samping memperkukuh perancangan infrastruktur dan logistik demi menyokong kemajuan Negeri Selangor secara menyeluruh. JPS Negeri Selangor mengetengahkan tiga (3) perkara untuk dibincangkan halatuju iaitu:

1. Pembangunan Dashboard Projek Mitigasi Banjir JPS Negeri Selangor sebagai satu platform paparan perkongsian maklumat kepada agensi dan orang awam berkenaan pelaksanaan projek oleh JPS secara lebih menyeluruh.
2. ⁠Halatuju keperluan pembinaan dan penyelenggaraan On-Site Detension (OSD) dan Kolam Takungan bagi pembangunan tanah di Negeri Selangor untuk langkah mengurangkan risiko dan impak banjir; dan
3. ⁠Penggunaan teknologi baharu di dalam projek JPS sebagai langkah ke arah meminimumkan kerosakan struktur ban dan benteng sungai serta pantai.
JPS Negeri Selangor sentiasa berganding bahu bersama pelbagai pihak dalam mendokong kelancaran perancangan dan pengurusan infrastruktur di Negeri Selangor.
bahasa sharing button English
faq sharing button Soalan Lazim
hubungi sharing button Hubungi Kami
aduan sharing button Maklum Balas
sitemap sharing button Peta Laman
download sharing button Muat Turun