Warga JPS
Soalan Lazim
1. Berapakah lebar rezab sungai bagi permohonan sesuatu lot yang bersempadan dengan sungai ?
Lebar rezab yang diperlukan oleh pihak JPS semasa sesuatu permohonan sesebuah lot dikemukakan adalah bergantung kepada lebar sungai yang sediada.
| Lebar Sungai | Lebar Rizab Dikiri Dan Kanan Tebing |
|---|---|
| Lebih daripada 40 meter | 50 meter |
| 20 meter - 40 meter | 40 meter |
| 10 meter - 20 meter | 20 meter |
| 5 meter - 10 meter | 10 meter |
| Kurang daripada 5 meter | 5 meter |
2. Adakah kesemua permohonan pelan pembangunan perlu dikemukakan melalui Jurutera berdaftar ?
Pelan pembangunan yang melibat sistem saliran/sungai dan pembinaan jambatan/lencongan sahaja yang perlu dikemukakan melalui Jurutera Berdaftar.
3. Berapakah jarak zon penimbal yang diperlukan bagi kawasan pantai berpasir ?
Jarak zon penimbal bagi kawasan pantai berpasir adalah 60 meter dikira daripada jarak paras air tertinggi.
4. Berapakah jarak zon penimbal yang diperlukan bagi kawasan pantai paya bakau ?
Jarak zon penimbal bagi kawasan pantai paya bakau adalah 400 meter dikira daripada jarak paras air tertinggi.
5. Apakah maklumat asas dan syarat-syarat kelulusan bagi permohonan tanah kerajaan ?
Maklumat asas yang diperlukan adalah pelan lokasi yang diambil daripada syit 1 inci 8 rantai dengan menamakan nombor rujukan syit dan syarat kelulusan adalah dengan menyediakan rizab/zon penimbal secukupnya bagi sungai, pantai dan kolam bekas lombong yang dicadang untuk di kekalkan.
Alert Paras Air
Alert Paras Air Terkini-
SAUJANA AMAN (KUALA SELANGOR)
20 September 2026Water Level: 7.2m has exceeded WARNING level (7m) by 0.2m Trend: Menurun (Date: 20/09/2026 20:45)
-
TANJUNG MALIM (HULU SELANGOR)
20 September 2026Water Level: 39m has exceeded WARNING level (39m) by 0m Trend: Menurun (Date: 20/09/2026 20:45)
-
PINTU AIR IJOK (KUALA SELANGOR)
20 September 2026Water Level: 3.32m has exceeded ALERT level (3.1m) by 0.22m Trend: Menaik (Date: 20/09/2026 21:15)
