Tahniah kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor di atas Prestasi Kutipan Hasil Tahun 2023 yang cemerlang.ÂÂ
Pengiktirafan daripada Jabatan Pemungut Hasil, Jabatan Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor telah dizahirkan melalui penyerahan Insentif Penghargaan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor semasa Majlis Amanat Tahun Baharu pada 15 Januari 2024 bertempat di Auditorium Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah. Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi untuk kejayaan yang lebih cemerlang di masa akan datang.