Galeri Foto
SESI TAKLIMAT INTEGRITI DAN PERAKUAN AKTA RAHSIA RASMI 1972
Satu sesi Taklimat Integriti dan Menandatangani Perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972 telah diadakan pada 8 Februari 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Beringin, SPBT. Sesi ini melibatkan seramai 9 orang pelajar praktikal dan 3 orang yang telah ditugaskan di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor. Sesi dimulakan dengan Taklimat Integriti yang disampaikan oleh Ketua Unit Integriti JPS Negeri Selangor, En. Irwah Shah bin Hashim. Kesemua pelajar praktikal dan telah diminta untuk membaca serta memahami perakuan sebelum menandatangani Akta Rahsia Rasmi 1972 tersebut dan disaksikan oleh Timbalan Pengarah Operasi, Ir. Louis Ho Yeng Gee.