Accessibility Tools

Skip to main content

Galeri Foto

SESI TAKLIMAT HOTSPOT BANJIR NEGERI SELANGOR

Satu (1) sesi taklimat berkaitan hotspot banjir di Negeri Selangor telah diadakan pada 9 Januari 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Cempaka, JPS Negeri Selangor. Sesi taklimat ini dipengerusikan oleh Yang Berhormat Tuan Ir. Izham bin Hashim, EXCO Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor yang disertai oleh Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri (ADN) Negeri Selangor, wakil-wakil ADN, Pengarah Kejuruteraan Majlis Perbandaran Klang (MPK), wakil Majlis Perbandaran Selayang (MPS), wakil Jabatan Kerja Raya (JKR)  Selangor, Pengarah JPS Negeri Selangor, Timbalan-Timbalan Pengarah, Ketua-Ketua Bahagian dan Jurutera-Jurutera Daerah JPS Negeri Selangor. Tujuan sesi ini diadakan adalah untuk membincangkan isu dan cadangan penyelesaian banjir melibatkan kawasan hotspot banjir di Negeri Selangor.
bahasa sharing button English
faq sharing button Soalan Lazim
hubungi sharing button Hubungi Kami
aduan sharing button Maklum Balas
sitemap sharing button Peta Laman
download sharing button Muat Turun