Galeri Foto
SESI BUAL BICARA ANTARA PENGARAH DENGAN PEMBANTU AWAM H11/14/16 JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI SELANGOR
Pada 5 Januari 2024, Sesi bual bicara ini merupakan inisiatif oleh Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor sebagai usaha mengeratkan silaturrahim antara Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri (PPSN) dengan semua kumpulan skim perkhidmatan di JPS Negeri Selangor. Siri pertama sesi bual bicara secara santai adalah melibatkan skim perkhidmatan Pembantu Awam yang terdiri daripada Gred H11, H14 dan H16. Seramai 165 orang Pembantu Awam daripada ibu pejabat, Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal serta sembilan (9) daerah telah hadir. Antara isu yang telah dibangkitkan adalah isu berhubung peruntukan dan kebajikan.