Accessibility Tools

Skip to main content

Galeri Foto

PROGRAM TAKLIMAT INTEGRITI JPS NEGERI SELANGOR TAHUN 2024

Taklimat Integriti JPS Negeri Selangor telah diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Aziz Shah pada 31 Januari 2024 (Rabu). Taklimat Integriti ini yang bertajuk ‘Integriti Dalam Perkhidmatan Awam’ telah disampaikan oleh Encik Nazrizal bin Noor, Ketua Unit Integriti JPS Malaysia dan Tuan Peter Anak Lanting, Pegawai Siasatan SPRM, JPS Malaysia. Tujuan taklimat ini adalah untuk berkongsi dan mengulangkaji berkenaan nilai-nilai integriti sebagai penjawat awam untuk menjadi warga kerja yang berintegriti. 

Program ini turut dijayakan dengan perkongsian pameran dari Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Selangor yang bertujuan untuk berkongsi maklumat dan kesedaran berkenaan jenis-jenis dadah dan akibat serta bahayanya penyalahgunaan dadah. Seramai lebih kurang 100 orang peserta terdiri daripada warga kerja JPS Negeri Selangor dan daerah telah menghadiri program ini.
bahasa sharing button English
faq sharing button Soalan Lazim
hubungi sharing button Hubungi Kami
aduan sharing button Maklum Balas
sitemap sharing button Peta Laman
download sharing button Muat Turun