Accessibility Tools

Skip to main content

Galeri Foto

Program Pemantapan Budaya & Kemajuan Kerjaya Di Dalam Agensi Perkhidmatan Awam - Lawatan teknikal kerja ke projek berimpak tinggi untuk tujuan pembelajaran di Negeri Terengganu Darul Iman

Pada 1-4 Mei 2024, Kelab Sukan Kebajikan dan Sosial (KSKS) JPS Shah Alam berpeluang untuk mengadakan Program Pemantapan Budaya & Kemajuan Kerjaya Di Dalam Agensi Perkhidmatan Awam - Lawatan teknikal kerja ke projek berimpak tinggi untuk tujuan pembelajaran di Negeri Terengganu Darul Iman. Program ini adalah dengan kerjasama Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Daerah Kuala Terengganu di mana peserta telah di bawa ke lokasi tapak Projek Mencegah Hakisan Pantai Di Pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu. Seramai 18 orang kakitangan dari pelbagai skim perkhidmatan JPS Selangor telah menyertai program ini untuk menimba ilmu pengetahuan berkenaan projek tersebut. Penyerahan cenderahati telah disempurnakan oleh Yang Di Pertua KSKS JPS Shah Alam iaitu En. Mohd Azrin bin Alias. 
bahasa sharing button English
faq sharing button Soalan Lazim
hubungi sharing button Hubungi Kami
aduan sharing button Maklum Balas
sitemap sharing button Peta Laman
download sharing button Muat Turun