Galeri Foto
LAWATAN TURUN PADANG (TuPa) KETUA PENGARAH BIRO PENGADUAN AWAM KE JALAN BAKRI, KAMPUNG JALAN KEBUN YANG MERUPAKAN LOKASI BANJIR
Pada 5 Disember 2023 (Selasa), bertempat di Jalan Bakri, Kampung Jalan Kebun Shah Alam, Lawatan turun padang oleh Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam, YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida binti Jaffar bersama barisan Pengurusan Tertinggi BPA Ibu Pejabat telah mengadakan program lawatan turun padang (TuPa) ke Jalan Bakri, Kampung Jalan Kebun, Shah Alam yang merupakan lokasi aduan kejadian banjir.
Sesi perbincangan turut diadakan di lokasi dengan melibatkan kehadiran wakil-wakil agensi dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Selangor, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Pejabat Daerah dan Tanah Klang, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Jalan Kebun, InfraSel Sdn. Bhd., pengadu serta wakil penduduk kampung.
JPS Negeri Selangor telah diwakili oleh Timbalan Pengarah Operasi, Ir. Louis Ho Yeng Gee dan Ketua Bahagian Pembangunan Korporat, Pn. Nurul Ashikin binti Sapia'i serta Jurutera JPS Daerah Klang Ir. Ahmad Fauzan bin Mohd Sabri.
Maklum balas dan penjelasan JPS Negeri Selangor berhubung perancangan tindakan bagi mengatasi permasalahan banjir yang dihadapi kepada wakil penduduk kampung telah dilaksanakan secara harmoni dan berkesan bersama agensi-agensi lain.