Galeri Foto
LAWATAN KERJAYA UNTUK PROGRAM MATHSTATS EDUVENTURE 2023/2024 KELAB MAHASISWA MATEMATIK DAN STATISTIK (KMMS) UNIVESITI PUTRA MALAYSIA (UPM) KE JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI SELANGOR
Pada 12 Disember 2023 (Selasa), Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor telah menerima lawatan dari Kelab Mahasiswa Matematik dan Statistik (KMMS) Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang sempena Program Mathstats Eduventure 2023/2024. Seramai 39 orang pelajar tahun 3 dari Kelab Mahasiswa Matematik dan Statistik UPM Serdang telah mengikuti lawatan ini yang diketuai oleh Pengarah Program Mathstats Eduventure UPM 2023/2024 iaitu Cik Dayana Amalia binti Kamarulzaman.
Lawatan ini telah dimulakan dengan ucapan aluan dari Timbalan Pengarah Operasi JPS Negeri Selangor, Puan Ir. Louis Ho Yeng Gee yang turut disertai oleh Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan, Puan Syahnaz binti Khariul Anwar dan Ketua Bahagian Pengurusan Sungan, Sumber Air dan Hidrologi, Cik Azuraina binti Mohd Nordin.
Semasa lawatan ini Pelajar-pelajar telah ditayangkan dengan Video Korporat JPS Negeri Selangor yang menjelaskan perananan dan tanggungjawab JPS Negeri Selangor kepada umum. Selain itu, Taklimat mengenai peluang kerjaya dan latihan industri di JPS Negeri Selangor juga telah diberikan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan.
Ketua Bahagian Pengurusan Sungai, Sumber Air dan Hidrologi juga telah mengambil bahagian dalam lawatan ini dengan memberikan taklimat kepada pelajar mengenai laman web infobanjir yang telah dibangunkan untuk tatapan umum oleh JPS Negeri Selangor. Sebelum program ini berakhir satu sesi soal jawab telah diadakan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar membuat pertanyaan berkaitan kerjaya dan apa-apa perkara berhubung JPS Negeri Selangor.