Accessibility Tools

Skip to main content

Galeri Foto

KUNJUNGAN HORMAT MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN (KPKM) KE PROJEK PEMULIHARAAN PANTAI MORIB BERSAMA PERSATUAN NELAYAN KUALA LANGAT

Pada 12 Disember 2023, YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan turut hadir bersama Setiausaha Bahagian (Bahagian Sekuriti Makanan, KPKM), Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor, Timbalan Pengarah Pembangunan II, Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor, Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia serta pegawai-pegawai dari Bahagian Pengurusan Zon Pantai, Pejabat Projek Persekutuan Selangor, LUAS, Majlis Perbandaran Kuala Langat, Pejabat Daerah Kuala Langat, Pejabat Perikanan Negeri Selangor, Persatuan Nelayan Kuala Langat ke Projek Pemuliharaan Pantai Morib, Negeri Selangor.

Projek Pemuliharan Pantai Morib ini melibatkan kerja-kerja beach nourishment, pembinaan 2 buah pemecah ombak, menaiktaraf tembok laut (seawall) dan boardwalk bagi memulihara semula kawasan pantai yang telah terhakis. Secara tidak langsung, kawasan pantai dapat dilindungi dari hakisan yang berpunca dari ombak yang tinggi dan dapat meningkatkan sosio-ekonomi penduduk sekitar serta menjadikan Pantai Morib tarikan pelancong pada masa hadapan.

Kunjungan YB Menteri KPKM ini susulan daripada Program Setahun Bersama Kerajaan Madani, di mana YAB Perdana Menteri Malaysia meminta agar satu pelarasan dilaksanakan bagi menyelesaikan isu-isu yang berbangkit dari pihak Nelayan.
bahasa sharing button English
faq sharing button Soalan Lazim
hubungi sharing button Hubungi Kami
aduan sharing button Maklum Balas
sitemap sharing button Peta Laman
download sharing button Muat Turun