Accessibility Tools

Skip to main content

Taklimat dan Lawatan Tapak Bagi 11 Sebut Harga Kerja-Kerja Menyelenggara Perangkap Sampah, Menyelenggara dan Mengorek Parit di Daerah Kuala Langat

  • Gambar 1:
  • Gambar 2:
  • Gambar 3:
  • Gambar 4:
  • Gambar 5:

Pada 23 Mei 2024 (Khamis), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Kuala Langat telah mengadakan sesi Taklimat dan Lawatan Tapak Bagi 11 Sebut Harga Kerja-Kerja Menyelenggara Perangkap Sampah serta Menyelenggara dan Mengorek Parit di Kawasan Mukim Tanjong Dua Belas Daerah Kuala Langat. Program ini telah dihadiri oleh seramai 187 orang kontraktor yang mewakili syarikat masing-masing.

Sesi taklimat tersebut diketuai oleh Penolong Jurutera JPS Daerah Kuala Langat bagi setiap kawasan yang terlibat.

  • Hits: 7549

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2023 & JASAMU DIKENANG 2024 JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN (JPS) NEGERI SELANGOR

  • Gambar 1:
  • Gambar 2:
  • Gambar 3:
  • Gambar 4:
  • Gambar 5:
  • Gambar 6:
Majlis APC 2023 dan Jasamu Dikenang 2024 JPS Negeri Selangor telah diadakan pada 19 Februari 2024 bertempat di Hotel DoubleTree by Hilton Shah Alam, dengan dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Setia Haji Haris bin Kasim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Majlis ini merupakan satu penghargaan dan juga pengiktirafan terhadap prestasi kerja yang cemerlang dan kesetiaan yang ditunjukkan oleh pegawai dan kakitangan JPS Negeri Selangor.

Sejumlah 176 penganugerahan melalui 8 kategori telah disampaikan yang mana 64 anugerah adalah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), 19 Anugerah Setia Bakti (ASB) dan 65 Anugerah Khas Pengarah (AKP). Manakala bagi kategori Anugerah Pengurusan Kunci Air, Kecemerlangan Inovasi, Pengurusan Kewangan dan Pengurusan Stor masing-masing satu (1) penganugerah terbaik telah diberikan. Tidak lupa juga seramai 20 orang pegawai yang bertukar keluar turut diraikan pada majlis ini. Terima kasih, syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah.
  • Hits: 14454

BENGKEL PENYUSUNAN ORGANISASI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN (JPS) NEGERI SELANGOR BERSAMA JABATAN PERHIDMATAN AWAM (JPA) DAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN (SUK) NEGERI SELANGOR

  • Gambar 1:
  • Gambar 2:
  • Gambar 3:
  • Gambar 4:
  • Gambar 5:
  • Gambar 6:
Bengkel tersebut di atas telah diadakan bermula 5 Februari 2024 sehingga 7 Februari 2024 bertempat di Hotel Geno, Shah Alam. Penganjuran bengkel ini adalah bagi memperhalusi dan memuktamadkan kertas cadangan penyusunan organisasi JPS Negeri Selangor yang melibatkan perubahan kepada struktur organisasi termasuk aktiviti/ program di dalam waran perjawatan selaras dengan Pelan Strategik JPS Negeri Selangor 2023-2025. 

Bengkel ini telah dirasmikan oleh Tuan Ir. Hj. Nasser bin Salim, Pengarah JPS Negeri Selangor dan disertai oleh En. Mohd Shah bin Abdul Rahman, En. Muhamad Zulasyraf bin Zurime dari Bahagian Perjawatan Organisasi JPA, Pn. Nurmala binti Saaman, Puan Ainal Nadzra binti Sulaiman Shah, Pn. Nur Aqilah binti Erwin Efendy dari SUK Negeri Selangor, Timbalan-Timbalan Pengarah, Ketua-Ketua Bahagian dan Jurutera-Jurutera Daerah JPS Negeri Selangor.

Selain sesi pembentangan penyusunan organisasi, lawatan tapak ke lokasi Intake Channel Bagan Terap dan Denai Tebuk Mendeling, Daerah Sabak Bernam serta Taman Sri Muda, Daerah Klang turut diadakan bagi memberi gambaran yang lebih jelas berkaitan fungsi JPS Negeri Selangor.
  • Hits: 8447
bahasa sharing button English
faq sharing button Soalan Lazim
hubungi sharing button Hubungi Kami
aduan sharing button Maklum Balas
sitemap sharing button Peta Laman
download sharing button Muat Turun