Skip to main content

Galeri Foto

Program Semarak Ramadan Al-Mubarak 1445H

Program Semarak Ramadan Al-Mubarak 1445H telah diadakan pada 22 Mac 2024 jam 2.45 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Warisan, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Hulu Selangor. Program ini merupakan salah satu pengisian rohani bagi memberi suntikan semangat kepada kakitangan beragama Islam di JPS Daerah Hulu Selangor dalam menjalani ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan.  Program yang dirasmikan oleh Penguasa Daerah, JPS Daerah Hulu Selangor, En. Mohd Fahmi bin Johari dan disertai oleh 25 orang kakitangan ini diserikan lagi dengan kehadiran penceramah jemputan iaitu Ustaz Mohamad bin Said dari Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu.

bahasa sharing button English
faq sharing button Soalan Lazim
hubungi sharing button Hubungi Kami
aduan sharing button Maklum Balas
sitemap sharing button Peta Laman
download sharing button Muat Turun