Skip to main content

Galeri Foto

Program Pemantapan Budaya Kerja Cemerlang dan Sesi Semakan Buku Log Mentor Menti Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor Tahun 2024

Program Pemantapan Budaya Kerja Cemerlang dan Sesi Semakan Buku Log Mentor Menti Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor Tahun 2024 telah diadakan pada 23 Mei 2024 bertempat di Bilik Gerakan, Tingkat 2, Wisma Annex Pejabat Dewan Negeri Selangor dan disertai oleh Mentor dan Menti yang telah dilantik bagi Sesi 2023/2024. Program ini dirancang supaya dapat mengeratkan hubungan di antara Mentor dan Menti bagi memperkukuhkan dan meningkatkan prestasi organisasi secara menyeluruh. Antara objektif program ini adalah untuk mewujudkan interaksi positif serta memperkuatkan hubungan dan komunikasi dalam pasukan serta memperbaiki keupayaan individu dan bekerjasama untuk menyumbang kepada peningkatan prestasi kerjaya dalam organisasi.
bahasa sharing button English
faq sharing button Soalan Lazim
hubungi sharing button Hubungi Kami
aduan sharing button Maklum Balas
sitemap sharing button Peta Laman
download sharing button Muat Turun