Galeri Foto
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN (JPS) NEGERI SELANGOR
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor bersama seluruh warga JPS Negeri Selangor telah diadakan pada 26 April 2024 (Jumaat) bertempat di Dewan Bankuet Jubli Perak, Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Majlis telah diserikan dengan kehadiran Ir. Hj. Nasser bin Salim, Pengarah JPS Negeri Selangor, Jurutera-Jurutera Daerah, Ketua-Ketua Bahagian dan para jemputan. Tuan Pengarah juga telah meluangkan masa melawat gerai-gerai makanan di samping beramah mesra bersama kakitangan dan para jemputan yang hadir.