Accessibility Tools

Skip to main content

Galeri Foto

MAJLIS PERASMIAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMENTORAN JPS NEGERI SELANGOR TAHUN 2026

Pada 2 April 2026, Majlis Perasmian Pelaksanaan Program Pementoran Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini bertempat di Ballroom, Dewan Jubli Perak.

Seramai 34 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada wakil Ibu Pejabat JPS Negeri Selangor serta JPS Daerah. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Mohd. Nazri bin Yasmin, Pengarah JPS Negeri Selangor.

Program pementoran ini dianjurkan bertujuan untuk memperkukuh pelaksanaan konsep pementoran dalam perkhidmatan awam, di samping meningkatkan kefahaman serta keberkesanan hubungan mentor dan mentee dalam organisasi.
bahasa sharing button English
faq sharing button Soalan Lazim
hubungi sharing button Hubungi Kami
aduan sharing button Maklum Balas
sitemap sharing button Peta Laman
download sharing button Muat Turun