Skip to main content

Galeri Foto

LAWATAN KERJA BAHAGIAN INFRASTRUKTUR DAN PENGURUSAN BENCANA KEDUTAAN JEPUN KE JPS NEGERI SELANGOR

Pada 14 Mac 2025, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor telah menerima lawatan kerja daripada Bahagian Infrastruktur dan Pengurusan Bencana Kedutaan Jepun.
Pada sesi sebelah pagi, pasukan Kedutaan Jepun telah dibawa melawat ke Projek Pemuliharaan Pantai Morib bagi sesi perkongsian maklumat mengenai pembinaan struktur penahan hakisan ombak yang sedang dilaksanakan oleh JPS Daerah Kuala Langat. Lawatan tapak ini telah diketuai oleh Jurutera Projek, Tuan Mohd Razali bin Jusoh, dan diiringi oleh Jurutera Daerah JPS Daerah Kuala Langat, Tuan Ir. Ts. Mohd Hasrulhisham bin Abdullah.

Selepas sesi lawatan tapak, JPS Negeri Selangor yang diketuai oleh Pengarah JPS Negeri Selangor, Yang Berbahagia Dato' Ir. Ts. Hj. Mohd Nazri bin Yasmin, mengiringi pasukan Kedutaan Jepun untuk sesi kunjungan hormat kepada EXCO Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor. Sesi ini telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat EXCO Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor, Dato’ Ir. Izham bin Hashim, serta turut dihadiri oleh Yang Berhormat EXCO Belia, Sukan & Keusahawanan, Tuan Mohd Najwan bin Halimi.
Lawatan ini bertujuan untuk meningkatkan kerjasama dalam pengurusan infrastruktur dan mitigasi bencana, khususnya dalam aspek pemuliharaan pantai dan pengurangan risiko hakisan melalui teknologi serta pendekatan yang lebih berkesan.
bahasa sharing button English
faq sharing button Soalan Lazim
hubungi sharing button Hubungi Kami
aduan sharing button Maklum Balas
sitemap sharing button Peta Laman
download sharing button Muat Turun