Skip to main content

Galeri Foto

LAWATAN JURUTERA DAERAH KE KAWASAN BANJIR KILAT SEKITAR MUKIM KAJANG

Satu lawatan ke kawasan banjir kilat di sekitar Mukim Kajang telah diadakan pada 8 Mei 2024 oleh Tuan Mohd Azizan bin Ajimin, Jurutera Daerah, JPS Daerah Hulu Langat bersama YB Tuan David Cheong, ADN Kajang, Tuan Ong Seng Peng, Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) serta wakil-wakil dari MPKj, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Hulu Langat.

Antara kawasan yang terlibat adalah di sekitar Pasar Kajang, Kampung Sungai Kantan, Kampung Sungai Jernih, SMK Saujana Impian dan Taman Sri Langat.

Susulan daripada kejadian banjir dan runtuhan ban yang berlaku, pihak JPS Daerah Hulu Langat akan melaksanakan kerja-kerja pembaikan ban di Taman Sri Langat, Kajang dalam masa terdekat. Selain itu, kerja-kerja pembaikan semula ‘L Unit’ di kawasan pasar Kajang turut akan dilaksanakan.

bahasa sharing button English
faq sharing button Soalan Lazim
hubungi sharing button Hubungi Kami
aduan sharing button Maklum Balas
sitemap sharing button Peta Laman
download sharing button Muat Turun