Galeri Foto
Kerja Undi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Hulu Selangor Bil. 1/2024
Program Kerja Undi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Hulu Selangor Bil. 1/2024 telah diadakan pada 10 Mei 2024 bertempat di Dataran Sungai Kubu, Kampung Kelapa, Daerah Hulu Selangor. Seramai 125 orang kontraktor telah hadir menyertai cabutan 38 kerja undi yang akan dilaksanakan secara one-off. Kerja-kerja yang akan dilaksanakan adalah meliputi penyelesaian pelbagai isu aduan seperti isu pembersihan, penyelenggaran saliran dan kolam takungan serta kejadian banjir yang telah diterima oleh JPS Daerah Hulu Selangor sebelum ini. Kerja-kerja ini dijangka dapat mengurangkan risiko kejadian banjir di Daerah Hulu Selangor.
Turut hadir memastikan kelancaran perjalanan program adalah Encik Irwan Shah bin Hashim dari Unit Integriti, JPS Negeri Selangor dan Encik Mohd Fahmi bin Johari, Penguasa Daerah, JPS Daerah Hulu Selangor.