Skip to main content

Lawatan tapak dan mesyuarat penyelarasan kerja-kerja pembaikan Kolam Takungan Fasa 10B di Pembangunan Hillpark Resources

  • Gambar 1: 2
  • Gambar 2: 3
  • Gambar 3: 4
  • Gambar 4: 5
  • Gambar 5: 6
  • Gambar 6: 7
Pada 10 Jun 2025 bertempat di Hillpark Persiaran Elmina, Bandar Puncak Alam, Lawatan tapak dan mesyuarat penyelarasan telah diadakan bagi membincangkan kerja-kerja pembaikan Kolam Takungan Fasa 10B di Pembangunan Hillpark Resources. Sesi ini turut dihadiri oleh Y.B. Dato’ Exco Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor, bersama pegawai-pegawai teknikal dari pelbagai agensi berkaitan. Kerjasama strategik ini penting bagi memastikan sistem saliran dan kawalan banjir di kawasan pembangunan dapat berfungsi dengan lebih cekap dan berkesan.

Sumber dari Facebook JPS Daerah Kuala Selangor

  • Hits: 128

Persaraan Pegawai JPS Jurutera Projek (PPP)

  • Gambar 1: 2
  • Gambar 2: 3
JPS Negeri Selangor mengucapkan Selamat Bersara kepada Ir. Mohamad Razali bin Jusoh, Jurutera Projek (JP), Pejabat Projek Persekutuan (PPP) Negeri Selangor. Terima kasih atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang berada di JPS Negeri Selangor. Semoga terus maju jaya dalam apa jua keadaan.
Β 
π΅π‘’π‘˜π‘’ 𝑑𝑖𝑑𝑒𝑑𝑒𝑝 π‘π‘’π‘›π‘Ž π‘‘π‘–π‘ π‘–π‘šπ‘π‘Žπ‘›,
πΌπ‘™π‘šπ‘’ π‘‘π‘–π‘‘π‘Žπ‘π‘’π‘Ÿ π‘ π‘’π‘π‘Žπ‘›π‘—π‘Žπ‘›π‘” π‘šπ‘Žπ‘ π‘Ž,
π‘†π‘’π‘™π‘Žπ‘šπ‘Žπ‘‘ π‘π‘’π‘Ÿπ‘ π‘Žπ‘Ÿπ‘Ž π‘˜π‘Žπ‘šπ‘– π‘’π‘π‘Žπ‘π‘˜π‘Žπ‘›,
π‘†π‘’π‘šπ‘œπ‘”π‘Ž π‘π‘Žβ„Žπ‘Žπ‘”π‘–π‘Ž π‘ π‘’π‘π‘Žπ‘›π‘—π‘Žπ‘›π‘” π‘’π‘ π‘–π‘Ž.
  • Hits: 3051

Lawatan kerja YB EXCO Infrastruktur dan Pertanian ke Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)

  • Gambar 1: 2
  • Gambar 2: 3
  • Gambar 3: 4
  • Gambar 4: 5
Pada 26 Mei 2025 (Isnin), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor serta JPS Daerah Klang dan JPS Daerah Petaling telah menyertai lawatan kerja YB Dato’ Ir. Izham bin Hashim, EXCO Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor ke Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bertempat di Bilik Mesyuarat Renantanda, MBSA yang turut dihadiri oleh beberapa agensi yang lain termasuk tuan rumah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi membincangkan penyelarasan tindakan segera untuk meminimumkan risiko banjir di daerah Petaling. JPS komited mengurangkan risiko banjir dan sentiasa bekerjasama erat bersama Kerajaan Negeri Selangor dan Pihak Berkuasa Tempatan dalam usaha meningkatkan kecekapan sistem saliran demi kesejahteraan rakyat.
  • Hits: 3105

Sesi Taklimat Status Penyelenggaraan dan Keberkesanan Sistem Pam Air di Taman Sri Muda & Desa Kemuning

  • Gambar 1: 1
  • Gambar 2: 2
  • Gambar 3: 3
  • Gambar 4: 4
Pada 11 Mei 2025 (Ahad), telah berlangsung satu sesi Taklimat Status Penyelenggaraan dan Keberkesanan Sistem Pam Air Taman Sri Muda dan Desa Kemuning bertempat di Dewan Azalea, Taman Sri Muda sekitar jam 9.00 pagi. Taklimat ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada penduduk setempat berkenaan status semasa sistem pam air, kerja penyelenggaraan serta pelaksanaan projek yang terlibat di kawasan Taman Sri Muda dan Desa Kemuning. Sesi ini turut dihadiri oleh, YB ADN Kota Kemuning, Ahli Majlis Zon 9 & Zon 14, Wakil Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Klang, serta Polis Diraja Malaysia (PDRM). Kerjasama dan sokongan semua pihak amat dihargai demi kesejahteraan penduduk dan kelestarian infrastruktur setempat.
  • Hits: 3289

LAWATAN TAPAK PROJEK TEBATAN BANJIR OLEH PENGARAH JPS NEGERI SELANGOR

  • Gambar 1: 1
  • Gambar 2: 2
  • Gambar 3: 3
  • Gambar 4: 4
  • Gambar 5: 5
Pada 7 Mei 2025, YBhg. Dato' Ir. Ts. Hj. Mohd Nazri bin Yasmin, Pengarah JPS Negeri Selangor berada di Parit Tampoi, Mukim Dengkil, Sepang bagi menilai perkembangan kemajuan sebenar di tapak Projek Tebatan Banjir di Sungai Parit Tampoi, Mukim Dengkil yang telah mencapai 68% kemajuan sebenar. Projek ini merupakan salah satu daripada projek tebatan banjir yang sedang dalam tindakan JPS Daerah Sepang. Penyiapan projek ini dijangka akan memberikan manfaat kepada penduduk di sekitar Kg. Chemperai, Taman Delima, Taman Intan Baiduri, Taman Timah, Balai Bomba Dengkil, Taman Delima Jaya dan KOA Bukit Tampoi.
  • Hits: 3323

LAWATAN KE PEJABAT TAPAK PROJEK PEMULIHARAAN PANTAI MORIB OLEH PENGARAH JPS NEGERI SELANGOR

  • Gambar 1: 1
  • Gambar 2: 2
  • Gambar 3: 3
  • Gambar 4: 4
  • Gambar 5: 5
Pada 7 Mei 2025, YBhg. Dato' Ir. Ts. Hj. Mohd Nazri bin Yasmin, Pengarah JPS Negeri Selangor telah mengadakan lawatan tapak ke pejabat Projek Pemuliharaan Pantai Morib, Kuala Langat bagi memantau perkembangan semasa projek yang kini telah mencapai 67% kemajuan fizikal. Projek ini merupakan salah satu inisiatif pemuliharaan kawasan pantai yang terhakis dan sedang dilaksanakan oleh JPS Negeri Selangor melalui Pejabat Projek Persekutuan (PPP) Selangor. Apabila siap sepenuhnya, projek ini dijangka akan memberikan manfaat besar kepada penduduk sekitar Pantai Morib, termasuk perlindungan kawasan daratan daripada hakisan, peningkatan keselamatan awam, serta menyokong pertumbuhan sektor pelancongan dan ekonomi tempatan.
  • Hits: 3184

Perbincangan Penyelarasan Tindakan Penyelesaian Jangka Pendek Isu Banjir di Taman Sri Muda (TSM) dan Kawasan Sekitarnya

  • Gambar 1: 1
  • Gambar 2: 2
  • Gambar 3: 3
Pada 2 Mei 2025, bertempat di Pejabat YB EXCO Infrastruktur & Pertanian - Sesi perbincangan berkaitan pelaksanaan langkah jangka pendek (Quick Win) melibatkan skop Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Klang di Seksyen 25 Shah Alam, Daerah Klang, Selangor yang dipengerusikan oleh YB Dato' Ir. Izham bin Hashim, EXCO Infrastruktur & Pertanian telah diadakan pada petang ini.
Sesi berkenaan turut dihadiri bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS), Pejabat Projek Persekutuan (PPP) JPS Negeri Selangor, wakil konsesi LKSA, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) serta kontraktor yang telah dilantik. Perbincangan diadakan, antara lain bagi menyelaras tindakan penyelesaian isu banjir jangka pendek melibatkan kawasan right-of-way (ROW) Lebuhraya Kemuning - Shah Alam (LKSA).
  • Hits: 3150

Lawatan kerja YB EXCO Infrastruktur dan Pertanian ke Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK)

  • Gambar 1: 1
  • Gambar 2: 2
  • Gambar 3: 3
  • Gambar 4: 4
  • Gambar 5: 5
  • Gambar 6: 6
Pada 5 Mei 2025 (Isnin), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor dan JPS Daerah Klang telah menyertai lawatan kerja YB Dato’ Ir. Izham bin Hashim, EXCO Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor ke Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) bertempat di Bilik Mesyuarat Raja Mahadi, MBDK yang turut dihadiri oleh wakil Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Selangor, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Klang, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd., Tenaga Nasional Berhad (TNB), TM One Selangor dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi membincangkan penyelarasan tindakan segera untuk meminimumkan risiko banjir di daerah Klang. JPS komited mengurangkan risiko banjir dan sentiasa bekerjasama erat bersama Kerajaan Negeri Selangor dan Pihak Berkuasa Tempatan dalam usaha meningkatkan kecekapan sistem saliran demi kesejahteraan rakyat.
  • Hits: 3193

Kunjungan hormat YB Tuan Noor Najhan bin Mohamad Salleh, ADUN Sementa ke JPS Negeri Selangor

  • Gambar 1:
  • Gambar 2:
  • Gambar 3:
Pada 7 Mei 2025, Dato' Ir. Ts. Haji Mohd Nazri bin Yasmin, Pengarah JPS Negeri Selangor telah menerima kunjungan hormat daripada YB Tuan Noor Najhan bin Mohd Salleh, ADN Sementa bagi membincangkan hala tuju penyelesaian isu banjir di kawasan Jalan Jaya Setia, Kampung Bukit Kapar, Klang. Turut hadir, Ir. Gs. Mohamad Hafiz bin Hassan, Jurutera Daerah, JPS Daerah Klang dan En. Ahmad Faizal bin Tarmizi, Timbalan Jurutera Daerah Klang.
  • Hits: 3222
bahasa sharing button English
faq sharing button Soalan Lazim
hubungi sharing button Hubungi Kami
aduan sharing button Maklum Balas
sitemap sharing button Peta Laman
download sharing button Muat Turun