EMAIL | INTRANET 
top

One State One River Print E-mail

penchala-gis

  • Latar belakang sungai-sungai di Negeri Selangor.Pada amnya, Negeri Selangor mempunyai lapan lembangan sungai utama iaitu Sungai Bernam, Sungai Tengi, Sungai Selangor, Sungai Buluh, Sungai Klang, Sungai Langat, Sungai Chua dan Sungai Sepang. Sungai sebagai nadi sumber air semulajadi Negara boleh menimbulkan bencana dan malapetaka akibat daripada kecuaian manusia dan kejadian semulajadi jika tidak diuruskan dengan sempurna. sungai perlu dipelihara agar  dapat membekalkan air yang bersih bagi keperluan domestik, industri, tenaga elektrik hidro dan pengairan. Negeri Selangor telah memilih Sungai Penchala sebagai sungai perintis bagi Program 1N1S ini.
  • Negeri Selangor telah memilih Sungai Penchala bagi program Satu Negeri Satu Sungai (1N1S). Mengapa?Program 1N1S telah mensyaratkan setiap negeri untuk memilih satu sungai di setiap negeri untuk dipulihkan. Kriteria utama pemilihan ialah perlu memilih sungai antara tercemar di dalam negeri tersebut dan mendapat persetujuan daripada Kerajaan Negeri. Justeru itu, JPS Negeri Selangor telah memilih Sungai Penchala yang mana pada dasarnya memenuhi kriteria utama pemilihan program ini. Sungai Penchala adalah sungai yang mengalir melalui kawasan bandar, industri dan kawasan taman-taman perumahan di Daerah Petaling. Aliran Sungai Penchala seterusnya akan memasuki Sungai Klang dan merupakan antara penyumbang utama pencemaran kepada Sungai Klang. Analisa Kualiti Air oleh Jabatan Alam Sekitar menunjukkan bahawa Sungai Penchala berada pada kelas IV. Oleh itu, Kualiti air Sungai Penchala perlu dipulihkan dengan segera bagi mengatasi masalah pencemaran Sungai Klang. Jika kualiti air Sungai Penchala dapat dipulihkan, secara tidak langsung, kualiti air Sungai Klang akan dapat dipertingkatkan.
  • Apakah latar belakang Sungai Penchala?Sungai Penchala merupakan sungai yang mengalir terus ke Sungai Klang. Panjang Sungai Penchala ialah 14 km, dimana  4km dlm DBKL dan 8 km dlm Daerah Petaling. Anggaran keluasan kawasan tadahan 50 km per segi.

sg_penchal
Apakah pencemaran utama Sungai Penchala?
Sungai Penchala adalah sungai yang mengalir terus ke Sungai Klang. Berdasarkan kepada kajian Jabatan Alam Sekitar (JAS), Sungai Klang merupakan sungai yang paling teruk tercemar. Antara punca utama pencemaran Sungai Penchala adalah daripada sisa domestik, industri, pertanian dan pembinaan perumahan dan jalan.


Apakah isu dan masalah lain di Sungai Penchala?

Selain daripada masalah industri, Sungai Penchala juga terkenal dengan longgokan sampah sarap, kelodak dan sisa buangan domestik. Disebabkan penuh dengan pelbagai khazanah yang dibuang itu, Sungai Penchala menjadi semakin cetek dan airnya terus mengalir lesu hingga menimbulkan bau yang kurang menyenangkan. Restoran, gerai dan penjaja yang terletak berhampiran sungai mengalirkan sisa makanan dan bahan buangan terus ke Sungai Penchala tanpa melalui kaedah penapisan terlebih dahulu. Setinggan juga merupakan punca utama pencemaran dengan pembuangan sampah sarap sewenang-wenangnya ke dalam sungai.

Sungai Penchala sepanjang 14 km itu juga kerap menjadi sebutan dan sering dipersalahkan setiap kali hujan lebat kerana menjadi punca banjir kilat yang melanda di sekitar kawasan tersebut. Pada hakikatnya, orang ramai harus sedar bahawa punca utama kepada kejadian banjir kilat bukanlah kerana masalah perparitan semata-mata tetapi juga berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab orang awam sendiri. Mereka dengan sewenang-wenangnya membuang sampah, sisa buangan domestik seperti minyak, sisa makanan, gris dan macam-macam lagi ke dalam sungai dan tidak mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh PBT dan agensi-agensi yang berkaitan. Oleh itu, sebagai rakyat bertanggungjawab, kita mestilah bersama-sama dengan Kerajaan Negeri berusaha untuk menjadikan Sungai Penchala bebas daripada pencemaran dan seterusnya memelihara sungai supaya tidak tercemar lagi.

Apakah pelan tindakan oleh JPS Negeri Selangor untuk mencapai objektif Program 1N1S di Sungai Penchala?

 Pelan tindakan JPS Negeri Selangor merangkumi langkah-langkah bukan skruktur dan skruktur, iaitu kaedah Pencegahan (Preventive), Pemulihan (Curative) dan Pengurusan (Management). Satu Jawatankuasa Pengurusan Sungai peringkat Negeri Selangor telah ditubuhkan untuk memastikan setiap program yang dirangka dapat dilaksanakan mengikut jadual dan berkesan dalam memulihkan eko-sistem dan persekitaran sungai. Memandangkan pembuangan sampah-sarap di Sungai Penchala agak kritikal, JPS Selangor terpaksa melaksanakan pemasangan struktur perangkap sampah seperti GPT (Gross Pollutant Trap) dan Log-Boom.

 Selain itu, JPS Selangor juga menggunakan langkah bukan struktur iaitu Program Kesedaran yang melibatkan pelajar-pelajar dan guru sekolah, JKKK, komuniti setempat, para peniaga dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan. Aktivit Program Kesedaran ini termasuklah aktiviti Bio-indikator, River Ranger, gotong-royong, pameran dan taklimat.

 
Penchala GIS

Laman Web Penchala GIS ini telah dilancarkan dan dirasmikan Y.A.B Tan Sri Dato’ Seri Abd Khalid Bin Ibrahim, Dato’ Menteri Besar Selangor pada 11 November 2010 bertempat diruang Ruang Legar , Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Objektif Penchala - GIS adalah :

  1. Untuk membangun dan melaksanakan satu Sistem Pengurusan Sungai untuk Sungai Penchala bagi menyokong strategi perlaksanaan Program Satu Negeri Satu Sungai.
  2. Untuk menyediakan kaedah dan rangka kerja melibatkan aktiviti penyeliaan dan pengemaskinian data-data sumber yang dikenalpasti untuk tujuan kawalselia yang berterusan.
  3. Untuk membangun lapisan data GIS bagi sungai dan yang berkaitan dengan sungai untuk Sungai Penchala bagi menyokong aktiviti penyeliaan dan perkongsian maklumat dengan agensi-agensi yang terlibat.
  4. Untuk melaksanakan integrasi data spatial dari pelbagai unit dalam JPS dan juga agensi lain serta mewujudkan perkongsian serta pengemaskinian sumber data berpusat.
  5. Untuk mendapatkan maklum balas dari orang awam dalam usaha bersama-sama menjaga Sungai Penchala.

Lapisan Pemetaan Penchala – GIS adalah seperti berikut :

  1. Topography/Cadastral Maps – base map
  2. Detail river stripsurvey and cross sections
  3. STP Locations
  4. Drainage Inlets, GPT, Log Booms etc
  5. Lined/Unlined Channels
  6. Water Quality/ Sampling Stations
  7. Drainage Layout and Boundaries
  8. River Rehabilitation Works/ Landscaping Works etc
  9. Penchala Basin and sub-basins
  10. Public Complaints

Laman web penchala gis ini boleh dicapai melalui http://penchala-gis.selangor.gov.my


Boleh terangkan lebih lanjut tentang Program Kesedaran yagn dijalankan oleh JPS Selangor untuk Sungai Penchala?

Program Kesedaran ini adalah antara aktiviti kempen yang dijalankan oleh JPS Selangor untuk Sungai Penchala. Pada permulaannya, sasaran utama bagi aktiviti kempen ini adalah para pelajar sekolah di kawasan Lembangan Sungai Penchala. Namun begitu, memandangkan maklumbalas yang baik diterima oleh Jabatan dari para peserta, JPS Selangor mula memperluaskan kumpulan sasarannya kepada guru-guru sekolah, ahli-ahli persatuan/badan beruniform, JKKK, komuniti setempat, para peniaga dan juga agensi-agensi kerajaan. Aktiviti yang dijalankan adalah Bio-Indikator dan River Ranger, gotong-royong, pameran dan taklimat. Untuk menambahkan lagi bilangan “Jurulatih” bagi program Bio-Indikator dan River Ranger, JPS Selangor telah menjalankan Bengkel “Training of Trainers” untuk guru-guru sekolah di seluruh Selangor. Objektif  bengkel ini diadakan adalah untuk memberikan lebih pengetahuan kepada guru-guru sekolah tentang pengurusan kualiti air sungai supaya pengetahuan tersebut dapat disebarkan kepada pelajar-pelajar sekolah melalui sistem pembelajaran dan aktiviti ko-kurikulum di sekolah. Ia juga bertujuan untuk memupuk kesedaran dan mendidik pelajar-pelajar sekolah ini tentang kepentingan menghargai khazanah alam semulajadi anugerah Tuhan ini iaitu sungai.


JPS Selangor kearah memperolehi persijilan
EMS ISO 14001 : 2004 dari SIRIM. Mengapa perlu melaksanakan EMS ISO 14001 : 2004 bagi pengurusan Sungai Penchala?

JPS Selangor ke arah memperolehi persijilan EMS ISO 14001 : 2004 untuk pengurusan Sungai Penchala dari SIRIM pada tahun 2009. Sistem pengurusan alam sekitar ISO 14001 : 2004 perlu dilaksanakan bagi menwujudkan mekanisme berkesan bagi pemulihan dan pemuliharaan Sungai Penchala dengan mengambil kira impak terhadap alam sekitar dan perundangan. Selain itu, ia juga dapat memudahkan proses pencapaian sasaran kerja dan penyelesaian masalah memandangkan persijilan ini mempunyai tiga objektif alam sekitar yang jelas.

 Objektif alam sekitar EMS ISO 14001 : 2004 ialah :-

  1. Objektif Alam Sekitar 1 - Meningkatkan indeks kualiti air Sungai Penchala ke kelas II menjelang tahun 2015.
  2. Objektif Alam Sekitar 2 - Mengurangkan sisa pejal dipungut di dalam Sungai Penchala daripada 30 tan/tahun kepada penurunan sebanyak 95% menjelang tahun 2015.
  3. Objektif Alam Sekitar 3 - Mempertingkatkan keindahan persekitaran Sungai Penchala menjelang tahun 2015.

Apa yang diharapkan oleh JPS Selangor daripada orang ramai tentang kawalan kualiti air sungai, khususnya Sungai Penchala?

Kerjasama dari orang ramai adalah amat diharapkan untuk bersama-sama memelihara sungai, menjaga kebersihan sungai, jangan membuang sampah sarap ke dalam sungai, jangan cemari sungai. Ini adalah kerana sungai inilah yang akan kita warikan kepada anak-anak kita seta generasi akan datang. Selain itu, Sungai Penchala adalah sungai yang mengalir terus ke Sungai Klang. Justeru itu, JPS Selangor merayu supaya penduduk di Selangor dapat bersam-sama dengan Jabatan ini untuk dapat menjaga kebersihan Sungai Penchala dan seterusnya mencapai Indeks Kualiti Air  daripada kelas IV kepada kelas II menjelang 2015.


Gambar-Gambar Di Bawah Menunjukkan Keadaan Di Sungai Penchala



penchala_i penchala_ii
penchala_iii penchala_iv
penchala_v

penchala_vi

 

 

 

bottom

 

JPSMnew NreNew Selangornew Malaysianew mampunew

 

Hak Cipta | Dasar Privasi Dasar Keselamatan | Penafian |

 

Hak Cipta 2011, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor.

Tingkat 5 Podium Selatan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40626 Shah Alam

Tel: 603-5544 7376 Fax: 603-5510 4494

Email: webmaster@waterselangor.gov.my

 
Sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1024x768.


Tarikh kemaskini : 18 April 2014