Saliran Mesra Alam

Inilah masanya untuk mengambil langkah yang proaktif untuk menukar manual supaya memasukkan perkembangan terbaru dalam pengurusan air ribut yang dikenali sebagai pendekatan kawalan-di-sumber. Pendekatan ini menggunakan proses penahanan/pembendungan, penyusupan dan penulenan. Kualiti dan kuantiti air larian dari kawasan pembangunan boleh dikekalkan keadaannya sama seperti keadaan sebelum pembangunan.

Kebaikan menggunakan kaedah kawalan-di-sumber adalah:

Pendekatan baru ini adalah lebih mesra alam sekitar dan mampu menyepadukan kemudahan-kemudahan lain. Contoh-contohnya adalah, kawasan berlandskap dan kemudahan simpanan air ribut sementara dalam kawasan letak kereta dan padang permainan. Di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya, pendekatan baru ini telah digunakan dengan menggabungkan tasik dan tanah lembap sebagai simpanan dan penulen air ribut.

Terdapat tempat-tempat yang menggunakan pendekatan baru ini seperti Sierramas di Kepong, Selangor, Diamond Creek di Tanjung Malim, Perak dan Leisure Farm di Johor. Tangki pengumpulan dan kolam takungan air ribut, diperihalkan dalam Garis Panduan Pengumpulan Air Ribut yang dicetak oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun 1998 dan Garis Panduan untuk Kawasan Kolam Takungan sebagai Sebahagian daripada Kawasan Terbuka yang dicetak oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (Piawaian Perancangan JPBD 4/97), adalah di antara kaedah-kaedah sesuai yang boleh digunakan sebagai infrastruktur kawalan di sumber.

Menggunakan pendekatan kawalan di sumber juga boleh menghasilkan alam sekitar yang harmoni untuk masyarakat bandar, meningkatkan nilai estetiknya dan oleh itu meningkatkan nilai harta tanah itu.

Penggunaan pendekatan yang mesra alam ini dijangka lambat-laun akan berlaku akhirnya. Walau bagaimanapun, berdasarkan perkembangan di negara-negara lain,ini mungkin akan mengambil masa 15 (lima belas) tahun tanpa apa-apa inisiatif yang proaktif. Oleh itu, Jabatan Pengairan dan Saliran telah manual menyediakan saliran bandar kedua ini yang berjudul Manual Pengurusan Air Ribut supaya konsep baru ini boleh dilaksanakan dengan segera dan dijalankan dengan cara yang sistematik dan dengan suatu pendekatan yang lebih cepat.

Manual Pengurusan Air Ribut disediakan oleh JPS untuk menggantikan manual yang pertama. Ia adalah lebih menyeluruh, mengambil kira masalah semasa yang dihadapi oleh negara seperti banjir kilat, pencemaran sungai, hakisan tanah, pembangunan di tanah tinggi dan tanah pamah dan sebagainya. Perkembangan terbaru berdasarkan pendekatan kawalan di sumber juga telah didokumenkan. Manual ini juga telah dikaji semula oleh pelbagai agensi, pertubuhan dan pakar asing. Jika sesuai, pendapat mereka akan dipertimbangkan dalam penyediaan dokumen akhir.

Matlamat dan Objektif

Matlamat ini Manual adalah untuk menyediakan panduan kepada semua pengawal atur, perancang dan pereka bentuk yang terlibat dalam pengurusan air ribut.Ia mengenal pasti suatu arah baru untuk pengurusan air ribut di kawasan bandar di Malaysia.

Pengurusan air ribut di kawasan tadahan biasanya dijalankan oleh beberapa organisasi. Cabarannya adalah untuk memastikan bahawa pentadbiran perancangan, reka bentuk dan penyelenggaraan sistem pengurusan air ribut adalah selaras dengan Pihak Berkuasa Tempatan, negeri dan Persekutuan yang berkaitan dan profesion perancangan, kejuruteraan alam sekitar dan awam, dan seni bina landskap.

Di bawah arah tuju baru ini, pengurusan air ribut akan mempunyai objektif berbilang, termasuk untuk :

Matlamat-matlamat ini akan dianggap tercapai apabila :

Skop

Manual ini meliputi semua aspek dan syarat-syarat pengurusan air ribut untuk kawasan bandar di seluruh Malaysia.

Dokumen Berkaitan

Manual ini disokong oleh sebilangan dokumen berkaitan yang lain yang meliputi aspek-aspek pengurusan air ribut.

Ringkasan Manual
Kunjungi seksyen ini untuk melihat ringkasan manual.

Pembelian Manual
Ketahui di mana untuk membeli salinan manual akhir.

Anugerah Kecemerlangan Kejuruteraan
Ketahui tentang Anugerah Kecemerlangan Kejuruteraan.

Cetak