| Bahasa Malaysia / Malay Language Bahasa Inggeris / English Language |

T
T
T
T
| RESET

LAMAN WEB RASMI

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN

NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

Jayakan Perkhidmatan Sempurna

Pengurusan Sungai

Sungai adalah mana-mana anak sungai semula jadi yang mengalir masuk ke dalam saluran di antara tebing (Ensiklopedia Britannica). Punca sebatang sungai mungkin dari sebuah tasik, mata air, atau gabungan beberapa sungai-sungai kecil yang dikenali sebagai hulu sungai. Dari hulu,sungai mengalir menuruni bukit, dan lazimnya berakhir di laut seperti di Gambarajah 1.

Gambarajah 1:Sistem Sungai

Dalam beberapa kes sungai mungkin mengalir ke dalam tanah atau mengering sepenuhnya sebelum sampai ke badan air yang lain. Sungai adalah komponen kitaran air. Hujan mengalir masuk ke dalam sungai seterusnya ke dalam laut. Cabang-cabang sungai yang lebih kecil dikenali sebagai tributari. Kebiasaanya saluran yang besar dipanggil sungai,manakala saluran yang kecil dipanggil caruk, anak-anak sungai, rekahan, dan lain-lain. Walaubagaimanapun, tiada garispanduan / rujukan /peraturan bagi menentukan definasi sebenar sungai. Di Malaysia, selain sungai, terdapat pelbagai istilah yang merujuk kepada sungai; alor (Kelantan), carok (Kedah) , parit (Johor) , batang (Sarawak) dan terusan.

Secara umumnya, sungai-sungai di Malaysia bermula dari hujan, air sungai umumnya berpunca dari air larian permukaan, air bawah tanah yang mengalir semula ke dalam saluran sungai (semasa musim kemarau) dan pelepasan air dari takungan air semula jadi atau buatan, seperti tanah bencah, kolam atau tasik. Aliran sungai dari kawasan tinggi ke kawasan yang rendah menukarkan tenaga keupayaan air kepada tenaga kinetik. Apabila sungai mengalir ke kawasan tanah rendah, sungai akan berkelok dan berliku dengan menghakis tebing sungai.

Tasik ladam terjadi apabila aliran air sungai tidak melalui liku dan menjadikan saluran sungai lebih pendek. Jumlah enapan yang besar di dalam sesuatu aliran sungai akan membentuk delta yang kompleks di muara sungai.

Definisi Sungai

Mana-mana sungai, anak sungai, caruk atau lain-lain aliran air semulajadi, dan apa-apa cawangan sungai, alur/delta atau lencongan buatan darinya. (Mengikut Kanun Tanah Negara 1965).

Definisi Lembangan Sungai

Kawasan dari mana semua air larian permukaan mengalir melalui jaringan anak-anak sungai, sungai-sungai utama dan kemungkinan tasik dan berakhir ke laut melalui satu kuala, muara atau delta. (terjemahan dari EU Water framework Directive 2000).

Jadual 5.1 Jumlah Lembangan Sungai Di Malaysia

Kawasan Jumlah Lembangan Jumlah Lembangan Utama (>80km2) Jumlah Lembangan Kecil (2)
Semenanjung Malaysia> 1,235> 74> 1,161>
Sabah> 1,468> 75> 75>
Sarawak> 283> 40> 40>
Bil.Keseluruhan 2,986 189 189
Keluasan Keseluruhan 327,897.031 312,863.713 15,033.3018
%Keluasan Keseluruhan - 95% 5%

Lembangan adalah meliputi keseluruhan Malaysia tidak termasuk pulau-pulau selain Pulau Pinang dan Pulau Langkawi.
Sumber dari Kajian Persempadanan Lembangan Sungai Malaysia Fasa I oleh Bahagian Sungai (2009)
Lembangan sungai Utama:Lembangan yang keluasan melebihi 80km persegi

Peranan Sungai

Sungai berperanan sebagai sumber air, sebagai sumber makanan, untuk tujuan pengangkutan, sebagai benteng pertahanan dan juga sebagai sumber tenaga untuk menggerakkan mesin/jentera (Janakuasa hidroelektrik). Sungai telah digunakan bagi aktiviti pelayaran semenjak beribu tahun yg lalu.

Pengangkutan Air menyediakan kemudahan pengangkutan yang paling murah dan masih diamalkan secara meluas di Negeri Sarawak dan Sabah. Di kawasan hutan, aktiviti pembalakan menggunakan sungai untuk menghanyutkan kayu balak dari hulu ke pusat pemprosesan selanjutnya. Kaedah semulajadi ini banyak membantu menjimatkan tenaga kerja dan kos pengangkutan. Sungai juga membekalkan sumber makanan sejak zaman pra sejarah. Ianyakaya dengan sumber hidupan yang lain seperti ikan udang, kerang dan ketam, secara tidak langsung sungai juga berperanan membekalkan air untuk aktiviti pertanian dan penternakan. Sungai dapat mengekalkan kitaran rantaian makanan secara semulajadi. Sungai merupakan sumber utama air bersih.

Oleh yang demikian tidak hairanlah kebanyakan bandar-bandar utama dan pekan-pekan berkembang di persisir sungai. Malangnya, sungai telah dicemari dengan pembuangan sisa-sisa pelupusan serta kegiatan penggambilan pasir dan batu kelikir bagi tujuan pembinaan. Sungai seharusnya digunakan bukan sebagai tempat pembuangan sampah dan sisa pelupusan sebaliknya sungai dan persekitaran perlu dipelihara dan diperindahkan sebagai tempat rekreasi dan seterusnya dapat menjana pendapatan penduduk setempat melalui aktiviti pelancongan.

Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM)

Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu adalah satu proses penyelarasan dalam pemuliharaan, pengurusan dan pembangunan sumber air, tanah dan sumber-sumber berkaitan merentasi semua sektor di dalam sesebuah lembangan sungai. IRBM bertujuan untuk memaksimumkan faedah sosial ekonomi bagi sumber air secara mapan dan pada masa yang sama memelihara atau mengembalikan semula ekosistem semulajadi sumber air. (Terjemahan :[1] GWP, 2002)

RBM merupakan subset daripada IWRM dan merupakan kaedah atau pendekatan yang berkesan untuk mencapai objektif IWRM berasaskan Lembangan Sungai . Dengan kata lain,IRBM bermaksud lembangan sungai yang diurus sebagai satu entiti dan bukannya secara berasingan oleh pihak pengurusan yang berbeza dan tiada kerjasama. IRMB adalah persediaan untuk menyatupadukan dan menyelaras dasar, program dan amalan. IRBM mengetengahkan isu air dan isu yang berkaitan dengan air. IRBM memerlukan keupayaan professional yang lebih baik dan penambahbaikan/peningkatan dari segi kewangan, perundangan, pengurusan dan keupayaan politik.

Prinsip Amalan Terbaik IRBM

irbm

Prinsip-prinsip IRBM ( Projek Peningkatan Alam Sekitar dan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Klang 2003)

Faktor-faktor Kejayaan Kritikal bagi Pengurusan Lembangan Sungai

irbm2

Faktor-faktor Kejayaan Kritikal IRBM ( Projek Peningkatan Alam Sekitar dan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Klang 2003)

Cetak Emel

qrcodeJabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor,
Tingkat 5, Podium Selatan,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40626 Shah Alam,
SELANGOR.

Telefon : 603-5544 7376
Fax : 603-5510 4494
Emel : webmaster[at]waterselangor[dot]gov[dot]my
Facebook : www.facebook.com/jps.selangor

© Hak Cipta 2017.
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor.

Sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer 10, Google Chrome dan Mozilla Firefox dengan resolusi 1280x1024 ke atas.

Kemaskini Terkini : Jumaat 16 November 2018, 12:27:45.
Statistik Pengunjung :

Hari Ini 11

Semalam 182

Seminggu 472

Sebulan 1385

Jumlah 704425

Bahasa / Language : Bahasa Malaysia / Malay Language Bahasa Inggeris / English Language