| Bahasa Malaysia / Malay Language Bahasa Inggeris / English Language |

T
T
T
T
| RESET

LAMAN WEB RASMI

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN

NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

Jayakan Perkhidmatan Sempurna

Pengurusan Banjir

Definisi Banjir

Banjir boleh didefinisikan sebagai badan air, yang melimpah keluar dari tebing sungai, tasik atau sistem perparitan disebabkan oleh hujan lebat, pencairan ais, air pasang, dan halangan pada saluran.

Jenis dan Sifat Banjir

Tidak terdapat kategori khusus bagi banjir di Malaysia tetapi sering dikategorikan sebagai bermusim, banjir kilat atau banjir pasang surut. Selain itu, banjir juga digambarkan berdasarkan lokasi, ciri-ciri, sebab berlaku, masa ketika banjir berlaku dan tempohnya.

Punca-punca Banjir

  • Punca-Punca Semulajadi : Singkat, keamatan tinggi menyebabkan banjir kilat, hujan lebat menyebabkan tanah bertakung
  • Aktiviti Manusia : Pembuangan sisa pepejal kedalam sungai, enapan dari pembukaan tanah dan kawasan pembinaan, peningkatan dalam kawasan tidak telap dan halangan di dalam sungai

Kawasan Mudah Banjir Di Malaysia

flood area penisular

flood area ss

Kesan-Kesan Banjir

  • Positf : Mengekalkan, memperkaya dan mengembalikan biodiversiti tertentu di dataran banjir, mengembalikan keadaan tanah yang kaya nutrisi dimana ia sesuai untuk pertanian dan tumbuhan semula jadi, membersihkan lumpur dan juga enapan dari kawasan banjir, serta mengisi semula air bumi
  • Negatif : Mengancam nyawa, mengganggu kegiatan sosial dan ekonomi dan memusnahkan harta benda, menyebabkan kesulitan dan kos pemulihan boleh menjadi tinggi buat kerajaan ataupun individu, dan menghalang pelaburan baru di kawasan mudah banjir

Anggaran Kerosakan Mengikut Negeri

Pendekatan

Pada mulanya, pengurusan banjir tertumpu kepada keperluan mendesak seperti melaksanakan bantuan banjir dan melaksanakan projek-projek tebatan banjir untuk menangani masalah disebabkan pembangunan yang pesat.
Kaedah bukan struktur diperkenalkan seperti Manual Saliran Mesra Alam. Sejak 2001, manual ini merupakan keperluan mandatori yang perlu dipatuhi bagi pembangunan baru di kawasan bandar.

Sejak alaf baru, JPS telah mengambilkira pendekatan Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu dan Pengurusan Banjir Bersepadu bagi rancangan pengurusan banjir. Ini akan memberikan pendekatan yang lebih seimbang antara langkah-langkah struktur dan bukan-struktur serta tahap penyertaan masyarakat yang lebih tinggi.

Pertubuhan dan Tindakan Bencana Banjir

Pada tahun 1972, kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Bantuan Bencana Pusat dimana fungsinya adalah untuk menyelaraskan operasi bantuan banjir diperingkat kebangsaan, negeri dan daerah dengan maksud mencegah kehilangan nyawa dan mengurangkan kerosakan akibat banjir.

JPS merupakan ahli jawatankuasa dan pertubuhan ini adalah berdasarkan Prosedur No.29 yang diterbitkan oleh Majlis Keselamatan Negara. Selain itu, JPS juga menerbitkan Pekeliling No.2/2003-"Guidelines for Management of Flood Disaster during the Monsoon Season and Flash Floods" bagi menyelaraskan persediaan operasi banjir di peringkat persekutuan, negeri dan daerah.

Langkah-langkah struktur

Projek Mega Tebatan Banjir yang telah siap :

  • SMART - Stormwater Management and Road Tunnel
  • Batu Jinjang Ponds & Related Diversions Project
  • Sungai Muda Flood Mitigation Project
  • Sungai Perai Flood Mitigation Project
  • Multimedia Super Corridor (MSC) Flood Mitigation Project
  • Bertam - Kepala Batas Flood Mitigation Project

Langkah Bukan Struktur

Pelan Induk

  • Kajian-Kajian : Kajian Lembangan Sungai dan Tebatan Banjir
  • Kajian Pelan Induk Saliran

Pengurusan Kawasan Tadahan

  • Kawalan Pembangunan
  • Pemeliharaan Tanah
  • Pengurusan penggunaan tanah tinggi

Peta Hazard Banjir

  • Penilaian risiko
  • Mengurangkan kerugian akibat banjir
  • Langkah asas dalam pelaksanaan langkah-langkah tebatan banjir (struktur atau bukan struktur)

Pengurusan Banjir Bersepadu (IFM)

Definisi Pengurusan Banjir Bersepadu (IFM)

  • Pendekatan bersepadu yang berkesan untuk pengurusan tebatan banjir
  • Memaksimakan penggunaan dataran banjir
  • Mengurangkan kerosakan kepada harta benda dan kehilangan nyawa

Elemen Pengurusan Banjir Bersepadu (IFM)

  • Memaksimakan aspek positif dalam kitaran air
  • Meyepadukan pengurusan tanah dan air
  • Mengambilkira kepelbagaian strategi yang terbaik
  • Memastikan pendekatan penglibatan
  • Mengambilkira pengurusan bencana bersepadu

Prinsip IFM

Konsep IFM, ‘Living with flood’ berdasarkan prinsip-prinsip berikut:

  • Mengambil pendekatan tadahan
  • Menjadikan banjir sebahagian dari kitaran air
  • Menyepadu pengurusan tanah dan air
  • Mengambilkira kepelbagaian strategi berdasarkan pendekatan pengurusan risiko
  • Mewujudkan kerjasama antara agesi-agensi
  • Memastikan pendekatan penglibatan

Aktiviti-aktiviti IFM

Bengkel Integrated Flood Management in Malaysia (Peserta:Pengurusan atasan JPS dan Jurutera Kanan)Bengkel Integrated Flood Management in Malaysia (Peserta:Pengurusan atasan JPS dan Jurutera Kanan)
Tempat : Seri Pacific, Kuala Lumpur

Seminar Integrated Flood Management~Living with Flood Risks~ (Peserta:JPS dan stakeholders)
Tempat : PWTC

Program Kesedaran Komuniti (Anjuran MKN)
Tempat : Kg.Tungu, Lahad Datu

Tags: Banjir, Statistik

Cetak Emel

qrcodeJabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor,
Tingkat 5, Podium Selatan,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40626 Shah Alam,
SELANGOR.

Telefon : 603-5544 7376
Fax : 603-5510 4494
Emel : webmaster[at]waterselangor[dot]gov[dot]my
Facebook : www.facebook.com/jps.selangor

© Hak Cipta 2017.
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor.

Sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer 10, Google Chrome dan Mozilla Firefox dengan resolusi 1280x1024 ke atas.

Kemaskini Terkini : Rabu 17 Oktober 2018, 21:51:12.
Statistik Pengunjung :

Hari Ini 31

Semalam 86

Seminggu 1229

Sebulan 3298

Jumlah 694958

Bahasa / Language : Bahasa Malaysia / Malay Language Bahasa Inggeris / English Language