T
T
T
T
| RESET

Bahasa Malaysia / Malay Language Bahasa Inggeris / English Language

LAMAN WEB RASMI

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN

NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

Jayakan Perkhidmatan Sempurna

EMS ISO 14001: 2015 BAGAN TERAP PUMP HOUSE IRRIGATION SCHEME (SPRPBT) SABAK DISTRICT DEPARTMENT OF IRRIGATION AND DRAINAGE BERNAM

CARTA ISO SPRPBT page 001

 

 

JPS

SKIM PENGAIRAN RUMAH PAM BAGAN TERAP

BAB A

NO. KELUARAN

: 5

NO. PINDAAN

: 0

 

KETERANGAN

TARIKH KUATKUASA

: 9.07.2018

MAS A – E6.2 – 6.2.2

MUKA SURAT

: A18

 

6.2 OBJECTIVES, TARGETS AND ENVIRONMENTAL MANAGEMENT PROGRAMS

The Bagan Terap Pump House Irrigation Scheme has established, implemented and maintained environmental objectives and targets, according to the level and functions related to the organization.

 6.2.1 OBJECTIVES

      (b) Committed to pollution prevention, compliance with legislation and others
           needs as well as continuous improvement.
      (c) Prescribed and reviewed taking into account legal and other requirements
           wants as well as significant environmental aspects.
      (d) Consider appropriate technology options, financial allocations, operational requirements
           and customers, including the opinions of stakeholders.

 6.2.2  Planning Actions to Achieve Environmental Objectives

  To achieve the above purpose, the programs designed should include:

  (a) The roles and responsibilities of each level of officers and staff in all relevant divisions.
  (b) The method and duration of the program must be achieved.

JPS

SKIM PENGAIRAN RUMAH PAM BAGAN TERAP

BAB A

NO. KELUARAN

: 5

 

NO. PINDAAN

: 0

 

KETERANGAN

TARIKH KUATKUASA

: 9.07.2018

MAS A – E6.2.2

MUKA SURAT

: A19

 


OBJEKTIF


SASARAN


PROGRAM


T/JAWAB

1. Mengurus sistem pengairan dan

aktiviti persawahan setiap musim mengikut amalan terbaik pengurusan air bersepadu untuk tanaman padi.

1. Meningkatkan purata Kecekapan Sistem Pengairan (IE) agar tidak kurang 65%
2. Mengawal / mengurus penggunaan Sumber Air Berkesan (RWS) tidak melebihi 1.51 mulai 2010.

(a)  Kerja-kerja operasi dan penyelenggaraan sistem Infrastruktur. (b)  Membangunkan sistem guna semula air dengan meningkatkan pembinaan rumah pam separa kekal dan pembangunan punca air. (c)  Menaiktaraf infrastruktur sistem pengairan termasuk taliair sekunder.

JD JPSSB

TPP

TPP

2.  Memastikan kualiti air yang dibekal ke skim dan air yang dikeluarkan dari skim mematuhi piawaian.

1.  Membekalkan air  kelas IV semasa musim pengairan
2. Memastikan air yang keluar dari skim tidak melebihi kelas IV 

(a)  Memberi kesedaran dan kefahaman kepada kakitangan dan pengguna.  (b) Mewujudkan kerjasama dengan agensi berkaitan seperti MARDI, Jabatan Pertanian dan PPK untuk meningkatkan hasil padi. (c)  Kerja-kerja operasi dan penyelenggaraan sistem (penetapan syarat kerja supaya tidak menyumbang kepada pencemaran).

JD JPSSB

JD JPSSB

JD JPSSB

Cetak Emel

Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor

TITAH UCAPAN PERIBADI DYMM SULTAN SELANGOR DI ISTIADAT PEMBUKAAN PERSIDANGAN PENGGAL KE-4 DEWAN NEGERI SELANGOR

YANG KE-14 TAHUN 2021 PADA 23 OGOS 2021

Sultan Selangor 

        Di kesempatan ini, Beta ingin menzahirkan kebimbangan Beta berkaitan dengan penularan wabak COVID-19 yang melanda Negara khususnya di negeri Selangor ini. Beta merasa amat sedih dan dukacita melihat setiap hari Negeri Selangor merekodkan jumlah pesakit dan kematian akibat wabak COVID-19 paling tinggi di Malaysia. Beta sedih apabila melihat kesusahan rakyat Beta yang kematian ahli keluarga dan anak-anak yang kehilangan ibubapa tempat bergantung. Apatah lagi pada saat ekonomi rakyat juga berada di dalam keadaan yang amat tenat.
        Beta tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak atas peningkatan kadar kematian dan jumlah pesakit COVID-19 ini. Namun demikian, pada hemat Beta, peningkatan jumlah pesakit dan kematian akibat COVID-19 berlaku disebabkan kelalaian kita terhadap penguatkuasaan dan pematuhan SOP yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara. Di sini Beta berikan contoh perbandingan iaitu pada 18 Oktober 2020, jumlah kes jangkitan akibat COVID-19 di Negeri Selangor hanyalah Tiga Ribu Dua Ratus Lima Puluh (3,250) kes dengan Dua Puluh Lima (25) jumlah kematian di Negeri Selangor. Kemudian apabila Negara memasuki Fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), angka kes baharu dan kematian mula meningkat. Pada 31 Januari tahun ini, kes kematian di Negeri Selangor naik kepada Seratus Lima Puluh Lima (155) jumlah kematian.
        Pada sekitar bulan Mei yang lalu kerajaan telah membenarkan beberapa sektor ekonomi dibuka bagi tujuan menjana ekonomi Negara dan membantu rakyat untuk mencari pendapatan. Apa yang berlaku pada ketika itu adalah Beta melihat kurangnya penguatkuasaan dijalankan oleh pihak penguatkuasa dan masyarakat mengambil ringan tentang pematuhan SOP. Sebagai contohnya, apabila pasar-pasar malam dan pasar ramadhan dibuka, rakyat dilihat beramai-ramai berkunjung di pasar-pasar tersebut tanpa mengambil berat tentang keperluan penjarakan fizikal dan penggunaan pelitup muka. Begitu juga dengan operasi kilang-kilang yang mana pihak majikan telah gagal menyediakan satu SOP yang ketat untuk pekerja-pekerja mereka yang datang bekerja. Kelalaian ini telah mencetuskan gelombang ketiga wabak COVID-19 ini sehingga kadar kes dan kematian akibat COVID-19 melonjak dengan begitu ketara.
        Keadaan ini menjadi bertambah kritikal apabila ada di kalangan rakyat yang tidak mematuhi larangan merentas daerah dan negeri ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikuatkuasakan dengan bertindak pulang ke kampung merentas daerah dan negeri pada musim perayaan Aidilfitri dan Aidiladha yang lalu. Ini telah mengakibatkan wujudnya kluster-kluster baharu dan juga penularan wabak secara meluas ke seluruh Negara. Lebih memburukkan lagi keadaan apabila terdapat pemimpin-pemimpin politik, golongan kenamaan (VIP) dan selebriti yang menyalahgunakan kedudukan untuk sewenang-wenangnya melanggar perintah yang dikeluarkan ketika PKPD sedang berkuat-kuasa dengan menyertai aktiviti-aktiviti yang dilarang oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara.
       Di samping itu juga, pada peringkat awal program vaksinasi Negara dilaksanakan, tumpuan vaksinasi tidak diberikan keutamaan kepada Negeri dan kawasan yang mempunyai bilangan penduduk yang ramai. Keutamaan vaksinasi juga tidak dilakukan di Lembah Klang di mana kegiatan sektor industri adalah pesat khususnya di negeri Selangor. Akibat dari itu wabak COVID-19 ini telah merebak dengan cepat di kawasan-kawasan yang mempunyai penduduk yang ramai serta lahirnya kluster-kluster kilang yang merebak tanpa kawalan. Namun apakan daya, nasi sudah menjadi bubur, nyawa rakyat Beta yang telah mati akibat wabak COVID-19 tidak dapat dikembalikan. Apa yang penting sekarang ini adalah untuk kita melangkah ke hadapan dengan penuh positif dan mengharapkan kesilapan dan kelalaian yang berlaku tidak kita ulangi semula. Justeru itu Beta menyeru kepada semua rakyat untuk mengamalkan sikap bertanggung-jawab di dalam mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan bagi membantu pihak kerajaan di dalam menangani wabak COVID-19 ini.
        Beta berharap rakyat Beta memberi kerjasama sepenuhnya untuk mendapatkan vaksinasi COVID-19 masing-masing seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. Ahli-ahli Yang Berhormat semua perlu memainkan peranan untuk menasihatkan rakyat agar segera mengambil suntikan vaksin COVID-19 supaya negeri Selangor boleh mencapai imuniti kelompok pada tarikh yang disasarkan.
        Namun, kepada yang telah mendapat Dua (2) dos suntikan vaksin, Beta berharap agar jangan ambil mudah dan merasakan diri kebal. Beta menyeru agar rakyat terus mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan hiduplah dalam norma baharu. Amalkan pemakaian pelitup muka apabila keluar rumah dan pastikan penjarakan fizikal sentiasa dipatuhi.
        Di kesempatan ini juga Beta secara peribadi menzahirkan ingatan kepada semua Ahli Dewan Negeri Selangor, agar jangan terlalu banyak berpolitik serta merebut kuasa dan kedudukan sehingga melupakan tanggungjawab utama untuk membela nasib rakyat. Beta tidak dapat menyembunyikan rasa dukacita dan kesal apabila melihat pergolakan, pertelagahan dan ketidaktentuan politik Negara yang begitu ketara sejak kebelakangan ini. Nampaknya Ahli-ahli Yang Berhormat tidak mahu belajar dari sejarah tentang kejatuhan sesebuah Negara akibat perebutan kuasa yang mengakibatkan perpecahan di dalam masyarakat. Tidakkah Ahli-ahli Yang Berhormat sedar bahawa apabila pemimpin-pemimpin politik berebut kuasa dan keadaan politik menjadi tidak stabil maka rakyat yang terpaksa menanggung kesusahannya.
       Ahli-ahli Yang Berhormat sudah pastinya tahu betapa rakyat sekarang berada di dalam keadaan susah dan menderita di dalam suasana Negara dan dunia sedang berhadapan dengan gejala wabak COVID-19 ini. Ahli-ahli Yang Berhormat sepatutnya mengambil tahu tentang masalah yang sedang di hadapi oleh rakyat di kawasan masing-masing khususnya mengenalpasti apakah bantuan yang perlu disalurkan kepada rakyat yang terjejas akibat wabak COVID-19. Ahli-ahli Yang Berhormat juga sepatutnya menyemak jumlah rakyat yang telah hilang pekerjaan dan mencari jalan untuk membantu golongan ini. Data-data juga perlu diperolehi daripada mereka yang telah kehilangan ibu bapa tempat pergantungan dan yang berhadapan dengan masalah tekanan hidup agar perkara ini boleh diangkat kepada pihak kerajaan Negeri untuk ditentukan bagaimana bentuk bantuan yang boleh diberikan. Beta mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat, rakyat di bawah sana memerlukan anda untuk membantu kesusahan yang sedang mereka lalui. Bantulah mereka, carilah mereka, bukan sekadar mencari mereka untuk mendapatkan undi sewaktu pilihanraya semata-mata.
       Ingatlah, mandat yang diberi oleh rakyat kepada Ahli-ahli Yang Berhormat semua sebagai wakil rakyat adalah merupakan amanah Allah Subhanahu Wata’ala yang diletakkan ke atas bahu Ahli-ahli Yang Berhormat semua yang perlu dilaksanakan dengan jujur, bertanggungjawab dan penuh keikhlasan.
       Sejak kebelakangan ini Ahli-ahli Yang Berhormat semua tentu telah membaca di akhbar-akhbar dan media sosial tentang tangkapan beberapa orang penjawat awam yang berkedudukan tinggi oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di negeri Selangor ini. Di samping itu Beta juga ada menerima laporan mengenai siasatan pihak SPRM terhadap pemimpin-pemimpin politik berkaitan dengan amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Beta kesal kerana masih ada yang tidak jujur di dalam melaksanakan amanah yang diletakkan kepada mereka sebagai penjawat awam dan pemimpin politik walaupun telah seringkali Beta ingatkan untuk tidak melibatkan diri dengan gejala rasuah yang boleh merosakkan bangsa dan Negara. Beta mengingatkan sekali lagi bahawa Beta tidak mahu mendengar sebarang laporan tentang penglibatan mana-mana pegawai kerajaan dan pemimpin politik Negeri Beta di dalam amalan rasuah ini.
       Beta telah pun menitahkan pihak SPRM untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh bagi membersihkan Negeri Selangor ini dari amalan rasuah. Beta juga berharap agar pelaku rasuah ini dapat dihadapkan ke mahkamah dan jika disabit, perlu dihukum dengan hukuman yang berat bagi menyampaikan mesej penolakan rakyat terhadap gejala rasuah ini. Perasuah tiada tempat di dalam masyarakat dan perlu kita perangi secara habis-habisan.
        Ahli-ahli Yang Berhormat sekelian, andaikata sikap segolongan pemimpin-pemimpin politik dan pegawai kerajaan di negeri Selangor ini berterusan mementingkan kuasa dan kedudukan, menjadikan amalan rasuah sebagai budaya hidup, mengenepikan kepentingan rakyat dan tidak berusaha memajukan semula ekonomi negeri yang teruk terjejas akibat COVID-19 ini, Beta bimbang, pada usia Beta Tujuh Puluh Lima (75) tahun ini, Beta tidak sempat untuk melihat Negeri Selangor menjadi sebuah negeri yang maju dan pesat membangun dengan segala kemudahan yang menjamin keselesaan rakyat seperti yang kita semua idamkan.
        Sebagai mengakhiri ucapan Beta, dalam suasana pandemik yang kian meruncing ini, Beta amat berharap agar sekalian rakyat berbilang kaum dan agama dapat terus hidup di dalam harmoni dan bersatu padu. Beta merayu kepada semua rakyat Beta tak kira agama apa yang dianuti untuk menghormati agama dan budaya masing-masing. Janganlah kita amalkan budaya menghina agama kaum yang lain atau menyentuh isu-isu sensitif berkaitan mana-mana kaum. Janganlah kita cuba untuk membakar api perkauman dan mencetuskan provokasi yang boleh membawa kesan buruk kepada keharmonian rakyat. Harus diingat, jika kekacauan berlaku antara kaum, api kemarahan dan perpecahan ini amat sukar untuk dipadamkan.
        Akhir kata, Beta mengambil kesempatan di sini untuk menzahirkan ucapan rasa penghargaan dan berterima kasih di atas segala pengorbanan dan komitmen yang telah diberikan oleh semua petugas barisan hadapan khususnya kepada para doktor, jururawat dan kakitangan hospital yang bertungkus-lumus bekerja bagi memberi rawatan kepada pesakit-pesakit COVID-19. Beta sangat menghargai semangat mereka yang tidak pernah luntur di dalam melaksanakan tanggungjawab untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat Beta.

Beta ucapkan selamat bersidang kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat.
Sekian,
Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

 
   

Cetak Emel

EMS ISO 14001 : 2015 SKIM PENGAIRAN RUMAH PAM BAGAN TERAP (SPRPBT) JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN DAERAH SABAK BERNAM

CARTA ISO SPRPBT page 001

 

 

JPS

SKIM PENGAIRAN RUMAH PAM BAGAN TERAP

BAB A

NO. KELUARAN

: 5

NO. PINDAAN

: 0

 

KETERANGAN

TARIKH KUATKUASA

: 9.07.2018

MAS A – E6.2 – 6.2.2

MUKA SURAT

: A18

 

6.2 OBJEKTIF, SASARAN DAN PROGRAM PENGURUSAN ALAM SEKITAR

Skim Pengairan Rumah Pam Bagan Terap telah mengujud, melaksana serta menjaga objektif dan sasaran alam sekitar, mengikut tahap dan fungsi-fungsi berkaitan organisasi.

 6.2.1 Objektif

      (b)  Komited kepada pencegahan pencemaran, pematuhan kepada perundangan dan lain-lain  
             kehendak serta penambahbaikan berterusan.
      (c)   Ditetapkan dan dikaji semula dengan mengambil kira keperluan perundangan dan lain-lain
             kehendak serta aspek alam sekitar yang signifikan.
      (d)   Mempertimbangkan pilihan teknologi yang bersesuaian, peruntukan kewangan, kehendak operasi
             dan pelanggan, termasuk  pendapat pihak yang berkepentingan.

 6.2.2   Merancang Tindakan Bagi Mencapai Objektif Alam Sekitar

   Bagi mencapai maksud di atas, program-program yang dirangka hendaklah merangkumi:

    (a)   Peranan dan tanggungjawab setiap peringkat pegawai dan kakitangan di semua bahagian yang berkaitan.
    (b)   Kaedah dan jangkamasa program perlu dicapai.

JPS

SKIM PENGAIRAN RUMAH PAM BAGAN TERAP

BAB A

NO. KELUARAN

: 5

 

NO. PINDAAN

: 0

 

KETERANGAN

TARIKH KUATKUASA

: 9.07.2018

MAS A – E6.2.2

MUKA SURAT

: A19

 


OBJEKTIF


SASARAN


PROGRAM


T/JAWAB

1. Mengurus sistem pengairan dan

aktiviti persawahan setiap musim mengikut amalan terbaik pengurusan air bersepadu untuk tanaman padi.

1. Meningkatkan purata Kecekapan Sistem Pengairan (IE) agar tidak kurang 65%
2. Mengawal / mengurus penggunaan Sumber Air Berkesan (RWS) tidak melebihi 1.51 mulai 2010.

(a)  Kerja-kerja operasi dan penyelenggaraan sistem Infrastruktur. (b)  Membangunkan sistem guna semula air dengan meningkatkan pembinaan rumah pam separa kekal dan pembangunan punca air. (c)  Menaiktaraf infrastruktur sistem pengairan termasuk taliair sekunder.

JD JPSSB

TPP

TPP

2.  Memastikan kualiti air yang dibekal ke skim dan air yang dikeluarkan dari skim mematuhi piawaian.

1.  Membekalkan air  kelas IV semasa musim pengairan
2. Memastikan air yang keluar dari skim tidak melebihi kelas IV 

(a)  Memberi kesedaran dan kefahaman kepada kakitangan dan pengguna.  (b) Mewujudkan kerjasama dengan agensi berkaitan seperti MARDI, Jabatan Pertanian dan PPK untuk meningkatkan hasil padi. (c)  Kerja-kerja operasi dan penyelenggaraan sistem (penetapan syarat kerja supaya tidak menyumbang kepada pencemaran).

JD JPSSB

JD JPSSB

JD JPSSB

Cetak Emel

waterqrcodeJabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor,
Tingkat 5, Podium Selatan,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40626 Shah Alam,
SELANGOR.

Telefon : 603-5544 7376
Fax : 603-5510 4494
Emel : webmaster[at]waterselangor[dot]gov[dot]my
Facebook : www.facebook.com/jps.selangor

© Hak Cipta 2019.
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor.

Sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer 10, Google Chrome dan Mozilla Firefox dengan resolusi 1280x1024 ke atas.

Kemaskini Terkini : Selasa 23 November 2021, 12:10:11.
Statistik Pengunjung :

Hari Ini 3

Semalam 190

Seminggu 1215

Sebulan 681

Jumlah 975733

Bahasa / Language : Bahasa Malaysia / Malay Language Bahasa Inggeris / English Language