Kerja - kerja Pemasangan Pam Air di Kolam Taman Permata Dengkil
Kerja-kerja pemasangan 1 unit pam air di kolam Taman Permata Dengkil telah dilaksanakan. Lokasi pemasangan pam air di laluan ke Sekolah SJK(T) Taman Permata Dengkil. Pihak kami memohon maaf kepada penduduk sekitar dan berharap dapat menggunakan jalan alternatif lain kerana pihak kami terpaksa menutup jalan tersebut untuk operasi mengepam air Kolam Taman Permata ke Sg. Langat.