T
T
T
T
| RESET

Bahasa Malaysia / Malay Language Bahasa Inggeris / English Language

LAMAN WEB RASMI

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN

NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

Jayakan Perkhidmatan Sempurna

RSS module

Majlis Perjumpaan dan Perutusan Amanat Tahun 2020

Pada 14 Januari 2020, Majlis Perjumpaan dan Perutusan Amanat Tahun 2020 Pengarah Pengairan Dan Saliran Negeri Bersama Pegawai serta Kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor telah diadakan di Dewan Ballroom, Jubli Perak pada jam 8.30 pagi.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk sesi ramah mesra bersama tuan pengarah dan majlis penyampaian sijil penghargaan khas pengarah dan kakitangan yang bertukar keluar dari JPS Negeri Selangor.
Acara dimulakan dengan ceramah bertajuk " Budaya Kerja Cemerlang" yang disampaikan oleh Encik Ahmad Edzuan Bin Shamsuddin (Pen. Setiausaha Pembangunan Organisasi, BPSM, SUK).

Seterusnya majlis disambung dengan Perutusan Amanat Pengarah JPS Negeri Selangor oleh YBhg. Datuk Ir Gapar bin Asan. Sesi penyampaian sijil penghargaan khas pengarah juga turut disampaikan, antaranya adalah Anugerah Prestasi Perbelanjaan Peruntukan Pembangunan 2019 dan Anugerah Pengurusan Pintu Air Terbaik JPS Selangor. Turut diadakan penyampaian sijil penghargaan kepada Pegawai/ Kakitangan yang bertukar keluar dari JPS Selangor. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis ini dengan jayanya.

 

  • Majlis perjumpaan pengarah dan perutusan amanat 2020_1
  • Majlis perjumpaan pengarah dan perutusan amanat 2020_2
  • Majlis perjumpaan pengarah dan perutusan amanat 2020_3
  • Majlis perjumpaan pengarah dan perutusan amanat 2020_4

 

 

Cetak Emel

qrcodeJabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor,
Tingkat 5, Podium Selatan,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40626 Shah Alam,
SELANGOR.

Telefon : 603-5544 7376
Fax : 603-5510 4494
Emel : webmaster[at]waterselangor[dot]gov[dot]my
Facebook : www.facebook.com/jps.selangor

© Hak Cipta 2019.
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor.

Sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer 10, Google Chrome dan Mozilla Firefox dengan resolusi 1280x1024 ke atas.

Kemaskini Terkini : Rabu 13 Mei 2020, 00:45:35.
Statistik Pengunjung :

Hari Ini 4

Semalam 76

Seminggu 518

Sebulan 2863

Jumlah 780129

Bahasa / Language : Bahasa Malaysia / Malay Language Bahasa Inggeris / English Language