Karnival Alam Sekitar Pantai Batu 23, Sungai Nibong
Pada 12 Oktober 2019 bertempat di Dataran Pantai Batu 23, Sungai Nibong Sabak Bernam, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor telah menganjurkan Karnival Alam Sekitar Pantai Batu 23, Sungai Nibong. Majlis telah dirasmikan oleh Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman, ADUN Sabak bernam yang mewakili Y.B. Tuan Hee Loy Sion dan diiringi Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin ADUN Sungai Panjang, Y.B. Tuan Muslimin Bin Yahya Ahli Parlimen Sungai Besar, YDH. Dato' Haji Baharin B. Hj. Mat Tahir Orang Besar Daerah dan Nasir Bin Mamat S.I.S, K.M.W., A.M.N. Pegawai Daerah Sabak Bernam. Tujuan Karnival ini diadakan adalah untuk memupuk dan juga menarik semangat pendukuk setempat supaya memelihara alam sekitar kawasan sekeliling secara tidak langsung dapat mendedahkan kepentingan alam sekitar di jiwa kanak-kanak pentingnya alam sekitar ini didalam kehidupan seharian. Peluang ini juga dapat mengikatkan lagi tali silaratulrahim dan berkerjasama di antara satu sama lain.