Hari Sungai Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2019
Pada 29 September 2019 JPS Malaysia telah menganjurkan Hari Sungai Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 bertempat di Dataran Sungai Selangor, Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Majlis perasmian dirasmikan oleh YBM. Tengku Zulpuri Shah Bin Raja Puji, Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, hadir bersama Dato KP JPS Malaysia YBhg. Dato' Ir. Haji Abdullah bin Isnin , Pengarah JPS Negeri Selangor Datuk Gapar Bin Asan dan pegawai-pegawai dari KATS, JPS Malaysia dan Agensi Kerajaan Negeri Selangor.