Majlis Jasamu Dikenang, Bakti disanjung, Budi Dijunjung.

Pada 23 Ogos 2019 (Jumaat) bertempat di Laman Kayangan Seksyen 7, Shah Alam, MAKSAK JPS Selangor telah menganjurkan Majlis Jasamu dikenang yang bertema Bakti Disanjung, Budi Dijunjung untuk meraikan Mantan Tuan Pengarah JPS Selangor, Ir.Hj.Azmi bin Ibrahim yang telah bertukar ke JPS Malaysia sebagai Pengarah Kanan Sektor Pengurusan pada 8 Ogos 2019 yang lepas. Turut serta dalam majlis ini Timbalan Pengarah I, Pn Yuslina Binti Mohd Sani, Timbalan Pengarah II, Tuan Ir. Hj. Saari Bin Abdullah, Jurutera-jutera Daerah, Ketua-ketua bahagian dan semua Kakitangan JPS Negeri Selangor. Dalam ucapan, beliau berterima kasih kepada semua kakitangan JPS Selangor kerana bersama-sama membantu beliau membangunkan dan mempertingkat penyampaian perkhidmatan awam di JPS Negeri Selangor. Beliau juga berharap agar JPS Negeri Selangor dapat mengekalkan prestasi terbaik serta meningkatkan lagi mutu perkhidmatan penyampaian awam supaya JPS Negeri Selangor menjadi satu Jabatan yang dipandang tinggi serta dapat membantu rakyat dalam menyelesaikan permasalah pengairan dan saliran di Negeri Selangor.

 

  • Majlis Jasamu Dikenang, Bakti disanjung, Budi Dijunjung._1
  • Majlis Jasamu Dikenang, Bakti disanjung, Budi Dijunjung._2
  • Majlis Jasamu Dikenang, Bakti disanjung, Budi Dijunjung._3
  • Majlis Jasamu Dikenang, Bakti disanjung, Budi Dijunjung._4

Cetak